Anak Tak Tinggi-Tinggi, Berat Badan Tak Naik, Tak Sedar Rupanya Anak Terbantut!

Share

Mak-mak mana yang tak cemas kalau melihat saiz dan ketinggian anak kecil kita yang tak sama dengan rakan sebayanya. Mulalah rasa ada yang tak kena.

Anak tak tinggi-tinggi malah berat badan pun tak naik, itulah petanda terbesar anak kita terbantut. Apa puncanya?

Menurut Datuk Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Perunding Pediatrik, KPJ Damansara Specialist Hospital, masalah peralihan susu kepada makanan menjadi penyebab terbesar masalah bantut di kalangan kanak-kanak.

Dari segi tumbesaran, kita ada standard yang kita guna untuk bandingkan tumbesaran anak yang normal. Bila anak terbantut kita ukur bila lari jauh dari carta.

Contoh budak umur baru lahir biasanya 3kg, dalam masa enam bulan biasanya 10kg. Tapi bila anak itu dah umur setahun baru cecah 7kg kita dah kira dia terbantut.

 

Standard ketinggian anak, jauh dan bawah dari ukuran normal itu juga dikira terbantut. Ada juga yang terbantu dari segi berat badan.

Ada pelbagai faktor tapi biasanya disebabkan oleh pemakanan yang optima. Anak kita makan tapi makan benda yang bukan-bukan. Biasanya masalah peralihan susu kepada makanan menjadi masalah terbesar.

Kadang-kadang tak diberikan penekanan sangat menjadi penyebab utama penurunan kadar normal ini. Sebagai mak ayah amat penting untuk kita jaga waktu ini dan boleh mempengaruhi tumbesaran anak.

Mak ayah kena tahu, bila fizikal terbantut, ketinggian dan berat badan terjejas, perkembangan otak juga terjejas. Sebab itu mak ayah kena ambil perhatian pemakanan anak kita. Terutama sekali waktu peralihan susu kepada makanan.

Bila anak semakin membesar, masalah picky eater pula menjadi masalah terbesar buat anak. Beri anak pilihan dan didik untuk disiplin.

 

Solusi untuk mak ayah
Apa mak ayah boleh lakukan adalah beri anak pilihan dua tiga makanan lain, dan jika anak tolak jangan cuba berikan makanan lain terutama yang tak berkhasiat pada anak.

Susu dan buah bagus tapi kalau hanya nak makan susu dan buah pun tak bagus untuk anak. Kena ada sumber protein, serat dan pribiotik, karbohidrat dan kawal pemakanan anak.

Menarik: Comelnya, Madammu Belanja Wajah Baby Kayden, “Sangat Aktif & Suka Ketawa!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club