Mengajar anak-anak mengaji juga bukan perkara mudah untuk ibu ayah kekal konsisten melakukannya. Hakikatnya ia memerlukan usaha dan motivasi berpanjangan. Maklum sahajalah anak-anak ini ada sahaja karenahnya dan kadang kala menyebabkan kita terpaksa mengajar dalam keadaan marah dan membentak bilamana anak-anak masih tidak lagi faham apa yang diajar.
Tahukah ibu ayah, tindakan itu akhirnya menyebabkan anak-anak tidak seronok untuk mengaji.
Jadi ada baiknya, ikuti saranan ustazah Ainum Mardhiah ini dalam kita mendidik anak-anak untuk cintakan al quran. jom semak perkonsian ini semoga menjadi panduan bermanfaat.
DIDIK ANAK AL-QURAN
Cara yang sangat berkesan pada peringkat permulaan adalah ibu atau ayah yang baca sendiri dengan anak.
Ibu baca, anak ikut. Pada masa yang sama bagitahu panjang mad ni berapa, atau mana yang dengung, cara baca iqlab macamana. Anak akan dapat gambaran. Lepas 3 kali ulang macamni, insyaAllah anak dah boleh baca walaupun tak lancar lagi.
Then anak pula baca sendiri. Ibu check bacaan anak. Apa lagi nak dibetulkan. Lepas anak baca lagi dalam 3 hingga 6 kali, insyaAllah mereka dah lancar.
Ads
Yang utama :
1. Ibu atau ayah ada di sisi anak bila anak mengaji.
2. Ibu/ayah fokus kepada anak. No handphone. Fokus pada bacaan anak.
Ads
3. Usap belakang anak, urut-urut sikit bila anak mengaji. Anak akan rasa kasih-sayang seorang ibu.
4. Bila dia habis baca satu ayat, puji anak. “MashaAllah, good abang!”
5. Selesai dia habiskan baca satu muka, lepas baca doa.. peluk anak, doakan anak.. “Alhamdulillah, tahniah abang. Allah sayang abang sebab abang baca Al-Quran. Umi akan tolong dan bimbing abang, sampai abang berjaya ya.” Anak akan rasa terharu dan lebih bersungguh nak mengaji insyaAllah.
Ads
Kesilapan besar ibu bapa:anak tu baru nak kenal ayat al-Quran, baru baca sekali dan tersalah baca.. ibu dah bentak/marah anak. “Kan dah ajar tadi?kenapa tak pandai lagi?” hoho..please ibu ayah, anak perhatikan akhlak kita. Sabar kita. Al-Quran ni seronok. Elakkan anak rasa menyampah bila mengaji sebab ibu ayah selalu bentak marah-bentak kalau silap baca.
6. Ucap syukur pada Allah. Moga Allah kuatkan kita untuk terus kuat didik anak Al-Quran. Dan sebenarnya mendidik diri kita sendiri. supaya kita tak culas dengan Al-Quran..
Bentuk keluarga Al-Quran tidak mudah. Usahanya bukan sehari. Bukan sekadar azam. Tapi perlu laksanakan sehabis baik.
Anak-anak perlu disibukkan dengan Al-Quran, ilmu, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Moga Allah pimpin kita, tunjukkan kita jalan bagaimana untuk mendidik anak era digital ini.. Amin.
Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, rezeki pelakon Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah. Di mana sahaja kemunculan actor kacak ini pasti mendapat perhatian ramai.
Pun begitu dalam kesibukan dan tumpuan ramai, Fattah tidak terlepas berkongsi masa dan ruang buat buah hatinya yang tersayang, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza berbanding dulu.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.
“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” luahnya.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik momen bersama ketika meluangkan masa bersama Fatima.
Melalui gambar yang dikongsikan olehnya, Fattah dilihat turut bersama ahli keluarga, ibu dan ayahnya serta adik-beradik yang lain.
Meninjau diruangan komen, aksi comel dua beranak ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah ada juga yang turut mendoakan buat keluarga kecil ini.
Terdahulu, Fattah yang sah bercerai dengan Fazura turut mendapat hak penjagaan anak dan bermalam bersama.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakaan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 sehingga kini telah memasuki fasa kedua yang akan berakhir pada 14 april ini, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PKP ini telah memberi impak kepada eknomi negara apabila banyak sektor terpaksa menghentikan operasi. Ia telah mengakibatkan banyak syarikat mengalami kerugian. Ekoran itu, ramai yang kehilangan pekerjaan dan tiada pendapat sehingga ada antara segelintir rakyat Malaysia tidak mempunyai wang bagi membeli barang keperluan rumah.
Menyedari krisis ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia bertindak segera dengan menyediakan Pakej Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 billion, pengeluaran i-Lestari KWSP dan terbaharu Pakej Prihatin PKS (Tambahan). Jelas, rakyat adalah keutamaan ketika kemelut wabak bahaya ini. Malah, melalui salah satu ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, memastikan setiap rumah ada lauk untuk dihidangkan di atas meja. Jelas sikap prihatin beliau agar rakyat tidak merana dan kebuluran dalam tempoh PKP.
Malah cara kepimpinan kerajaan Malaysia ini turut dirasai oleh warga asing yang bekerja di sini. Begitulah yang dirasai oleh seorang pembantu rumah seorang peguam. Menerusi perkongsiannya, di Facebook, Puan Nor Zabetha berkongsi rasa hati pembantu rumahnya yang merupakan rakyat Filipina mengenai cara kerajaan Malaysia menangani covid-19 tanpa mengabaikan kebajikan rakyat Malaysia.
Ikuti perkongsiannya.
Pembantu rumah saya ini orang, Filipina. Dialah jadi kawan buat bersembang. Kadang-kadang bila saya menonton perutusan atau ada apa-apa perkembangan yang dimaklumkan kerajaan, selalu saya kongsikan dengannya.
Dia cakap untunglah jadi rakyat Malaysia sebab polis dan tentera masih baik kerana Presiden Filipina sudah umumkan, siapa ingkar perintah akan ditembak.
Keluarga Filipina kurang bekalan makanan
Di Filipina, berlaku rusuhan kerana bantuan makanan tidak sampai kepada penduduk sejak 2 minggu selepas perintah berkurung kerana Covid-19. Mereka lapar. Mereka menunjukkan bantahan dan berkumpul sehingga tercetusnya pergaduhan.
Kata Presiden Filipina, sesiapa yang ingkar arahan “Tembak mereka hingga mati, arahan saya adalah kepada polis, tentera dan pegawai di kampung. Jangan cabar kerajaan. Kau akan kalah!”
Minggu lepas, mereka perlu dapatkan bekalan ubat dari kota untuk ibunya. Sumpah, suaminya tidak berani keluar untuk ambil bekalan ubat dari kota. Katanya, jika mereka menaiki pengangkutan awam, mereka perlu melalui sekatan jalan di setiap kampung sebelum sampai ke kota.
Mereka akan diarahkan membuka kasut, dan merendamkan kaki dalam cecair seperti klorox di setiap sekatan jalan raya. Fuh! Tentera mereka juga, memang tegas. Tiada kompromi.
Katanya lagi, kerajaan ada juga hulurkan wang bantuan kepada keluarga miskin tetapi bantuan memang tidak akan sampailah pada keluarga miskin kerana pihak atasan sudah masuk poket mereka dulu. Dia kata untunglah orang Malaysia serba serbi dapat. Dilayan baik pula oleh polis dan tentera.
Filipina ini, memang miskin sehingga mereka terpaksa menjual buah pinggang untuk kelangsungan hidup. Kalau jual buah pinggang, mereka hanya dapat RM10,000 sahaja ditangan. Sepatutnya dapat lebih tinggi tetapi sudah disapu oleh agen dan suap sana sini sikit.
Dia paling takut kalau saya hendak keluar rumah. Disuruhnya saya berhati-hati, itu dan ini. Kalau balik rumah terus dia basuh barang-barang. Dicuci segala baju.
Katanya kalau saya keluar dan apa-apa berlaku, apalah nasibnya dan Nadra nanti. Dia juga takut kalau saya bawa balik kuman, sebab Nadra masih kecil, takut berjangkit. Dia juga takut terkena, katanya orang miskin macam dia pasti tidak akan dirawat rapi dan pasti mati. Itu katanya.
Orang Malaysia beruntung
Dia selalu rasa orang Malaysia ini beruntung, serba-serbi ada. Di kampungnya hendak basuh baju pun perlu pam air dengan tangan. Untunglah sistem pengairan kita bagus. Serba serbi orang Malaysia cukup.
Kadar kemiskinan di Malaysia tidak seperti Filipina. Mereka betul-betul miskin. Ada sekelompok mereka yang tinggal di atas kawasan kubur dan buat penempatan. Tidur di atas batu marmar kubur, memasak di situ, makan di situ. Disebabkan kemiskinan, juga dia terpaksa meninggalkan dua anaknya dan suami dan mencari kerja di Malaysia.
Waktu bulan pertama dia datang dulu, saya selalu lihat matanya merah baru lepas menangis. Dia cuba sembunyikan. Dia banyak termenung. Masa mula-mula video call dengan anaknya berusia 4 tahun, merajuk anaknya melihat Nadra.
Kata anaknya “Baby siapa itu? Kenapa tinggalkan saya untuk baby itu?”. Menangis anak itu berlari tidak mahu cakap dengan ibunya. Berhari-hari juga anaknya merajuk, tidak mahu bercakap dengan video call.
Dia selalu buat saya rasa bahawa bertuah jadi rakyat Malaysia. Dia hairan melihat kemeriahan masakan di rumah kita, tidak putus-putus lauknya, terutama hari raya dan puasa.
Saya selalu bergurau dengannya, Malaysia ini orang tidak akan mati kerana tak makan tetapi selalunya mati kerana makanan (penyakit). Makanlah sebanyak mana dia hendak makan.
Benarlah. Orang Malaysia amat beruntung cuma segelintir kita masih tak mahu menghargai.