Tidak dinafikan ada segelintir ibu ayah menganggap anak yang cerewet makan itu perkara biasa. Malah ada yang beranggapan tabiat ini akan berubah apabila anak besar nanti.

Namun hakikatnya anggapan ini bahaya itu anak yang boleh menjejaskan keselamatannya.

Tahukah anda bahawa anak yang cerewet makan (picky eaters) atau tidak berselera makan boleh mengakibatkan badannya tidak mendapat nutrisi yang seimbang untuk perkembangan tubuh badannya. Ia juga akan memberik kesan kepada antibodi badan.

Inilah yang terjadi kepada seorang ibu, puan Adila Azurin yang tidak menyangka bahawa anaknya yang dilihat tidak berselera makan sebagai suatu perkara biasa.

Sebenarnya disahkan menghidapi sindrom PICA (eating disorder) yang berkait rapat dengan penyakit anemia.

Lebih mengejutkan anaknya telah memakan rambut sendiri. Mujur segera mendapatkan nasihat doktor, kesihatan anaknya kembali sihat.

Ikuti pengalamannya menghadapi anak sebegini. Moga menjadi iktibar kepada ibu bapa lain untuk menguruskan anak-anak sebegini.

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

TAK APA NANTI ANAK DAH BESAR PANDAILAH DIA NAK MAKAN.

Pernah terfikir macam ni? Ubah sebelum menyesal. Raya baru ni ramai yang tanya pasal kesihatan Adra. Buat mereka yang tak tahu, 3 bulan lepas Adra warded 3 hari di hospital sebab masalah anemia. Kurang hemoglobin (HB) dalam sel darah merah. Kalau nak tahu, HB ni la yang tolong angkat oksigen dari paru-paru untuk salurkan ke seluruh badan.

Kerap demam

Sebelum warded hospital, Dila bawak Adra ke Klinik Kesihatan (KK) untuk buat blood test, sebab dalam sebulan tu dia kerap demam. Hampir setiap bulan. Sebelum ni Adra memang jarang demam. Kalau demam pun tak lama. Hari ni demam, esoknya dah baik. Dila confiden Adra susah kena penyakit sebab Dila fully breastfeed sampai setahun setengah. Sangkaan Dila, imune badan dia mesti kuat.

Tapi ntah kenapa bulan 4 lepas Adra demam sampai 2 kali dalam sebulan. First time Adra buat blood test di KK, terus dia kena refer ke hospital sebab bacaan HB dia masa tu 5 sedangkan bacaan yang doktor bagitau untuk kanak-kanak normal adalah 13.

Kurang dari separuh. Arghhhh, terkejut Dila. Tanya doktor KK apa puncanya, tapi doktor KK bagitau hospital akan buat detail check up untuk dapatkan puncanya.

Balik rumah terus pack baju, serah diri ke hospital. Sebabkan masalah Adra berpunca dari darah, memang kena ambik darah je dari dia mula masuk hospital sampai la nak discaj. Kesian dia kena cucuk banyak kali. Dila pun tak sanggup nak tengok lebam-lebam kat tangan dia.

Doktor tanya pelbagai soalan selepas ambil darah

Lepas ambil darah. Doktor tanya macam-macam soalan. “Awak tengok sendiri muka dia pucat, kelopak mata pun pucat, sini tengok tapak tangan dia. Bandingkan dengan tapak tangan awak. Pucatkan? Ada tak dia sesak nafas? Berak dia ada keluar darah?
Famili ada yang hidap talesemia tak?”

“Tak ada doktor, cuma sebelum ni dia demam dekat 5 hari on off on off, saya bagi PCM macam biasa tapi saya tengok dia lemah. Tak nak main sangat, asyik baring je. Makan kurang, tapi menyusu macam biasa. Kami tak ada talesemia, cuma saya je during pregnancy HB memang low.”

“Ok tak apa kita akan buat Full Blood Count (FBC) untuk tengok apa masalah sebenar.”
Hampir tiga hari Adra warded di hospital. Setiap hari doktor yang round ward akan tanya.
“Anak minum susu apa ibu?”

Ads

Rupanya kurang nutrisi!

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

“Selera anak macam mana? Dekat rumah bagi makan apa?” “Kita tengok anak ibu memang tak ada masalah apa. Mungkin masalah dia kurang darah merah ni sebab cara pemakanan dia tak berapa betul. KURANG NUTRISI.”

Allah! Tak tahu nak cakap macam mana, segan pun ada bila doktor cakap Adra kurang zat. Rasa macam kita tak bagi anak makan sampai dia jadi kurang zat.

Anak sulung Dila, Adam lagi picky. Tapi dia tak ada pun masalah anemia. At least Adra makan nasi walaupun berlaukkan sup ayam hampir setiap hari. Dila selalu ingat tak apa kalau budak-budak tak nak makan sekarang, akan datang bila dia makin membesar, masa tu selera dia akan berubah. Tapi memang silap bila sangkaan Dila tu. Apapun memang kena dididik dari awal.

Lepas dari Adra mula campur susu Dila tak bagi dia minum susu fm. Adra memang minum fresh milk sahaja selain dari ebm. Dila belajar dari Adam dulu, salah satu punca anak tak nak makan bila dia dah terlalu craving susu yang manis. Adam pulak minum susu coklat. Kalau kurangkan portion susu dia pun, still tak nak makan. Adam cuma makan nasi yang ada rasa, macam nasi lemak (fav Adam), nasi ayam, nasi biryani. Semuanya makan tanpa lauk.

Lain sangat dengan Adra, dia memang suka makan. Mungkin masa mengandungkan dia, Dila memang tak ada alahan dan makan apa sahaja. Jadi nak suap Adra makan lebih mudah dan dia memang berselera.

Ingat simptom nak dapat adik

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

Tapi Dila perasan dia kurang makan masa Dila mengandungkan anak ketiga, Hayat. Tak tahu sama ada simptom nak dapat adik ke apa. Orang kata kalau anak kita nak dapat adik memang perangai akan berubah sikit. Maybe betullah kot.

So Dila pun ok asalkan dia minum susu macam biasa. Waktu tu pun Dila memang tak larat sebab mengandung, nak kejar nak paksa makan ke apa memang tak larat sangat. Hari hari sebelum pergi kerja Dila akan masak lauk tuk Adra. Sup ayam, sup bayam.

Dua tu memang fav Adra. Kalau tak larat Dila akan beli je dekat kafe ofis sambil sambil cari menu baru yang kena dengan selera Adra. Tapi Adra tetap macam tu, makan sesuap dua lepas tu tak nak makan.

Ads

Buat perangai pelik makan rambut sampai botak!

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!
Habit makin teruk sampai terpaksa potong rambut dia jadi pendek.

Makin lama, Adra makin pelik bila dia dah start mengutip benda yang pelik-pelik masuk dalam mulut. Jangan tak percaya Adra suka makan rambut. Yes dia suka makan RAMBUT dia sendiri.

Terkejut sangat bila satu hari balik dari ofis tengok rambut Adra dah botak sebelah. Sampai banyak macam tu sekali Adra makan rambut dia. Sedih bila Dila dengan suami terpaksa decide untuk pendekkan rambut dia. Kesian nak botakkan rambut dia plus masa tu dah nak raya. Dengan badan yang makin kurus, rambut tak ada sampai ada yang tanya.
“Adra luekimia ke?” Allah. Mintak dijauhkan.

Anak alami sindrom PICA 

Then Dila dan suami decide bawak Adra jumpa doktor pakar kanak-kanak. Cerita dari A to Z. Doktor bagitau yang Adra ada simptom PICA. Penyakit yang mana seseorang tu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.

“Anak awak cuma makan rambut, ada saya jumpa makan sabun, makan tanah. Ye memang gejala PICA anak awak ni.”

Huaaaa lagi la sebak. Salah aku ke tak paksa anak makan. Stress sampai rasa nak tarik rambut sendiri pulak. Dia sambung lagi.

“Awak sendiri pun kena tengok awak makan apa, sebab dia bf kan, jadi apa yang awak makan tu lah salur pada dia, kalau makan tak berkhasiat, logik ke awak rasa badan dia kuat”

Doktor pakar kongsi tip anak yang susah makan 

Memang tahan telinga je waktu tu. Doktor pakar tu ada share beberapa teknik macam mana nak pujuk anak supaya makan semula terutama yang picky ni.

“Kita ibu ayah, kita yang sepatutnya kawal anak-anak, anak patut dengar cakap kita, bukan kita yang ikut semua kemahuan anak. Tak apa saya ajar macam mana tuk awak bagi dia makan, kanak-kanak yang picky macam anak awak ni memang ada cara dia.”

Ini doktor explain antara punca kenapa Adra boleh dapat anemia.
1) Minum susu segar yang mana kandungan zat besi dalamnya adalah rendah. Tak salah nak bagi anak minum susu segar, tapi pemakanan kena jaga sama. Jadi ibu-ibu yang memilih untuk berikan susu formula pada anak-anak, baca label dan pilih susu yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.

Ads

2) Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi. Walaupun kadang Adra makan, tapi sup ayam kurang kandungan zat besi. Jadi tukarkan kepada menu yang lebih kandungan zat besi seperti sup daging lembu, sayur atau buah setiap hari. Bayam dan jambu batu contohnya.

3) Tiada ambil makanan tambahan atau suppliment kanak-kanak untuk tampung kekurangan zat besi yang sesuai dengan keperluan tubuh badannya.

So ibu/mama/mommies/umi luar sana jangan pandang ringan bila anak kurang makan atau tak nak makan lansung. Zat besi memang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.

Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan anak-anak akan mengalami gangguan dalam pembelajaran terutama matapelajaran matematik. Ini apa yang doktor sharekan pada Dila. Wallahualam.

Sampai sekarang Dila ingat apa yang doktor tu cakap dan ajarkan. Keadaan Adra dah semakin baik. Hikmah jugak Dila cuti bersalin 3 bulan ni, hari-hari Dila boleh suap Adam, Adra makan dengan tangan sendiri. Tak makan Dila dah siap sediakan rotan panjang dekat sebelah. Tak makan, haaa siap la!

Slow-slow tabiat pelik dia berkurang, makan rambut tu alhamdulillah hilang sepenuhnya. Doakan kesihatan Adra bertambah baik. Inn shaa Allah. Anak menangis tak apa, jangan kita yang menangis menyesal kemudian.

Sumber: Adila Azurin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Anak Tak Selera Makan, Ibu Sangka ‘Simptom’ Nak Dapat Adik, Rupanya Sindrom PICA Hingga Makan Rambut Sendiri!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI