Penyanyi dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menyingkap sejarah awal pembabitannya dalam dunia nyanyian yang bermula seawal usia 17 tahun.
Lebih dua dekad bergelar anak seni, .pemilik nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsi Elly yang menyifatkan single Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Awn hitam yang meliputi hidupnya sebelum ini sudah berlalu, meninggalkan sinar baru buat hos Bis Stage ini.
Jujur meluahkan rasa hati dengan kehidupan yang dikecapi kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik.
“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu.
“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya.
“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini.
“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Untuk rekod, Elly Mazlein sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Sumber: Media Hiburan
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club