Bukan semua orang suka makan ikan dalam hidangan setiap hari. Alasan terbesarnya pastilah rasa dan bau hanyir yang mematikan selera.
Ikan sebenarnya adalah makanan tinggi protin yang baik untuk kesihatan tubuh. Malah ikan juga membekalkan omega 3 yang baik untuk perkembangan otak, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Jadi rugilah jika tidak mengambil ikan dalam menu harian kita. Makan
ayam setiap hari pun boring juga.
Jadi usahakanlah sekali dalam seminggu untuk anda hidangkan ikan buat anak-anak. Soal hanyir sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah jika anda tahu akan caranya. Ini yang sepatutnya ibu-ibu tahu dan praktikan ketika memasak. Confirm anak makan bertambah.
Hilangkan Hanyir Dalam Sup
Sup ikan memang sedap tetapi jika salah percaturan bau ikan yang hanyir akan mengganggu rasa. Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan beberapa sudu perahan limau nipis supaya sup tidak hanyir. Malah lebih sedap lagi.
Ads
Hanyir Lekat Pada Tangan
Ketika menyiang ikan, sekiranya hanyir ikan melekat ditangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan biarkan sekejap. Kemudian bilas seperti biasa. Confirm bau hanyir akan hilang.
Ads
Ketika Menyiang Ikan
Paling ketara ketika anda menyiang ikan. Ikan haruslah dibersihkan, dibuang perut dan dicuci bersih. Kemudian rendamkan dengan garam bersama air asam jawa. Biarkan direndam seketika kemudian barulah dibasuh bersih.
Cuci Dengan Limau
Selain menggunakan asam jawa, anda juga boleh memerap ikan dengan limau lipis bersama garam. Gaulkan rata dan biarkan sekejap. Kemudian barulah dibilas bersih.
Ads
Selepas Proses Beku
Ikan yang disimpan di dalam peti beku selalunya akan punya bau tersendiri. Sedikit hanyir. Sebaik dikeluarkan dari peti ais, rendam ikan dengan air susu atau air beras. Biarkan sehingga cair dan cuci bersih. Masaklah seperti biasa. Bau hanyir pun akan
hilang malah lebih manis rasanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melayan selera di cafe berjenama dengan menu yang lazat pasti perlu berbelanja besar.
Apatah lagi, anak-anak turut mahu merasa air minuman istimewa. Jadi apa kata pelajari minuman Nutella Caffe Mochaccino Homemade ini.
Bahan-Bahan:
2 sudu Milo
1 paket Nescafe Latte
1 paket Oldtown White Coffee Mocha
2 sudu Nutella
1/4 cawan susu penuh krim
Whipped cream dan chocolate syrup (optional)
Cara Membuat:
1.Masukkan sepaket Nescafe, sepaket Oldtown Mocha dan dua sudu Milo dalam gelas.
2. Masukkan pula Nutella dan larutkan dengan sedikit air panas.
3. Masukkan susu penuh krim dan kacau.
4. Letakkan ais.
5. Topping dengan whipped cream dan choc syrup kalau nak tambah kick!
Kredit: Ama Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nostalgia kek dulu-dulu mesti ada yang merindui akan rasanya. Biarpun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun rasanya cukup enak dan tidak muak dimakan. Jadi buat anda yang teringin merasai kembali kek orang lama, jom kali ini kita sediakan Kek Oren yang ringkas dan gebu untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Bahan A
5 Biji telur grade A (Jika gunakan telur grade B jadikan 6 biji)
270 gm Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gm Gula kastor
Bahan B
250 gm Butter (biarkan lembut tanpa perlu dicairkan)
3 sudu besar oren sunquick
Caranya
1. Mix kesemua Bahan A sampai gebu- Guna speed laju
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer, Masukkan butter dengan Oren Sunquick. Mix balik dalam 3 minit.. stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi
Tiada kata yang dapat diungkapkan dengan kata-kata bila mana orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, baru beberapa hari sahaja meluangkan masa bersama, namun menerima berita si ayah pergi buat selama-lamanya.
Itu yang dkongsikan oleh gadis ini menerusi laman twitternya berkenaan berita bapanya meninggal dunia.
Menurut Khadijah Ismail, bapanya sempat menghantarnya daftar universiti di UiTM Jengka Pahang dua hari sebelum meninggal dunia. Sebaknya membaca kisah gadis ini!
Ayah sempat hantar daftar universiti
Terima kasih sebab gagah hantar Ija
Mak demam, menangis je
Hari terakhir bersama
khdjhisma1l@khdjhisma1l
sblum abh nk pergi,abh paksa ija buat video yang last tu utk abh tengok & utk ija sekeluarga tengok akn dtg. harini ija baru tengok video ni
.Adik satukan semua gmbr & video yang dibuat pada 21/7/19
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.