Anak Tak Mahu Berbuka Dengan Nasi, Boleh Cuba Potato Fritters, Cucur Kentang Sagat Serius Sedap!

Share

Bukan sahaja anak tapi kita pun dah mula rasa bosan berbuka dengan nasi. Kalau alami masalah ni, selain makan diluar, ibu-ibu boleh sediakan Potato Flitters ni buat keluarga.

Kalau tengok gambar macam cucur udang biasa je kan. Tapi serius bila dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh. Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain.

Rasa kentang yang lemak buat kita rasa sedap nak mengunyah. Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.

Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top. Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!

Jom cuba!

POTATO FRITTERS
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Perasa -jika suka

1.Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Gaul sebati.

2. Panaskan minyak masak, sudukan adunan dan goreng hingga kuning. Pastikan agak leper dan balik-balikkan. Biarkan hingga masak.

3.Tadaa….dah siap.

Sedap dimakan bersama sos

Kredit: Noraida Durani