Keibubapaan

Anak Tak Faham Kenapa Perlu Solat, Ini Yang Mak Ayah Boleh Beritahu Pada Anak!

Share

Sebaik anak berusia tujuh tahun, ibu dan ayah wajib menyuruh mereka bersolat dan setelah umur 10 tahun bolehlah dipukul sekiranya masih belum mahu menunaikan solat.

Kenapa perlu solat kepada anak-anak berusia 7 tahun? Ikuti perkongsian bermanfaat oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira berkenaan penjelasan ini.

Melalui perkongsian beliau, mendidik anak 7 tahun tentang solat haruslah banyak diisi dengan komunikasi yang membina dan penjelasan serta sebab agama Islam mewajibkan solat.


Didik 7 tahun anak solat harus banyak diisi komunikasi membina dengan penjelasan tentang solat dan kenapa kita kena solat. Bukan hanya mengarah dan menyuruh mereka solat hanya kerana dah umur 7 tahun. Apa yang kita boleh jelaskan?

1. Solat adalah hadíah Allah untuk kita sebagai ummat Nabi Muhammad. Cara untuk kita kekal berdoa dan connected dengan Allah. Orang yang sentiasa ingat Allah, akan aware dengan tindakan dia setiap masa, jadi kita akan mudah nak buat baik dan tinggalkan benda yang jahat.

Boleh ceritakan peristiwa Isra’ dan mikraj kepada mereka bagaimana Nabi Muhammad mendapat perintah solat di langit oleh Allah. Berapa besarnya nilai solat sehingga Nabi dibawa ke langit.

2. Validasi dan iktiraf kepenatan dalam buat ibadah solat
” Abang, kakak, memang kita akan rasa penat nak solat, sebab syaitan ni akan goda kita supaya jangan solat. Syaitan tak suka orang solat. Nafsu ammrah bissu’ yang ada dalam diri kita juga tak suka kita buat benda baik macam solat.

Ibu tahu Abang, kakak penat dan susah. Ibu sendiri pun pernah rasa macam tu, sekarang pun rasa lagi. Tapi kita sama-sama lawan syaitan dan rasa penat tu sama-sama. Nanti Allah bagi syurga kat kita, kat sana kita boleh berehat sampai bila-bila,”.

3. Jelaskan solat adalah tanda syukur kita kepada Allah
” Abang ,kakak, banyak kan nikmat kita dapat hari ini. Tadi, kita dapat makan aiskrim, dapat pergi taman, dapat main lama sikit dengan kawan-kawan, jom kita solat Maghrib untuk ucap terima kasih pada Allah.

Allah cakap kalau kita syukur dan berterima kasih, Allah akan tambah lagi nikmat kita. Jom ucap terima kasih dengan solat,”

4. Ceritakan tentang ganjaran orang solat dan buatkan reward boar lduntuk mereka lebih relate dengan konsep ganjaran tersebut.

Setiap kali waktu solat, kita letakkan sticker pada reward board supaya anak boleh nampak dengan matanya. ” Ini yang papa boleh bagi dan nampak, yang Allah bagi lagi banyak dan special ,”.