Para ibu atau bapa pastinya pernah menghadapi cabaran dalam memberi makanan kegemaran anak-anak kan? Jangan risau, menu kali ini semestinya tidak mengecewakan.

Kuetiau sup ‘Chinese style’ ini memang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Jika anda sukakan makanan yang berkuah dan menyegarkan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Razzyatt Urutan Tradisional ini.

Kuetiau Sup Chinese Style

Anak Susah Makan? Kuetiau Sup ‘Chinese Style’ Ini Pasti Membangkitkan Selera!

Bahan Tumis:

  1. Ikan bilis segenggam besar
  2. Bawang putih 5 ulas
  3. Air untuk kuah (ikut sukatan sendiri)
  4. 1sdm lada hitam di tumbuk
  5. Daun bawang di hiris

Bahan Sup:

Ads
  1. Fishball
  2. Fishcake
  3. Tauhu
  4. Daun bawang
  5. Bahan perasa
  6. Kicap cair
  7. Minyak bijan skit
  8. Serbuk lada sulah
  9. Knor
  10. Garam (jika perlu)
  11. Minyak bawang putih
  12. Selabu bawang putih di cincang halus
  13. Minyak setengah cawan

Cara-Cara:

– Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng bawang putih sampai nak kekuningan sikit terus angkat bawang putih.

– Jangan tunggu warna perang sebab nanti rasa bawang putih pahit.

– Dlm kuali/periuk, masukkan air, bahan blend, lada itam dan daun bawang.

Ads

– Masak sampai mendidih dan perasakan. Kemudian tapis.

– Masuk blek air tapisan tadi dalam kuali dan tambahkan fishball, fishcake, daun bawang, dan tauhu

– Bagi mendidh dan dah siap.

Ads

Cili Kicap

Anak Susah Makan? Kuetiau Sup ‘Chinese Style’ Ini Pasti Membangkitkan Selera!

– Tumbuk cili padi merah dalam 10 biji dan bawang putih 1 ulas.

– Tambahkan kicap lemak manis dan cuka sedikit. Campur semua bahan dan siap.

Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI