Anak bila dah besar ni, paling mencabar bagi si ibu nak layankan selera anak-anak. Lebih-lebih lagi bagi yang dah pandai memilih makanan. Pelik juga waktu kecil bagi semua jenis makanan, dah besar dah pandai ‘demand’, itu tak nak ini tak nak yang peningnya ibu nak masak!

Itulah yang dihadapi oleh seorang ibu ini yang berkongsi di laman Tiktoknya tentang kerenah si anak yang memeningkan kepala dan memerlukannya bertindak luar kotak dan kreatif demi beri anak makan!

Video perkongsian itu berkisarkan tentang tabiat anaknya yang tidak mahu makan jika makanan tersebut tidak dibeli di kedai. Disebabkan itu, ibu tersebut bertindak di luar jangkaan dengan memasak makanan untuk anaknya dan membungkuskannya seperti yang dibeli di kedai.

Anak Susah Makan ‘Demand’ Makanan Luar, Ibu Masak & Bungkus Macam Beli Kat Kedai!

“Bila anak susah makan. Nak makanan yang dibeli dekat luar je. Seronok dia bila nampak paper beg tu. Dirimu tertipu nak,!” tulisnya dalam video tersebut.

Ads

Taktiknya menjadi apabila dalam video tersebut turut merakamkan aksi si anak makan dengan berselera kononnya juadah yang dinikmati itu hasil dari ibunya beli di luar!

 

@m4kberuang Arissa oh Arissa🤣🤣🤣 #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan ibu tersebut kerana gigih melakukan apa sahaja demi melayan kerenah anak yang tidak mahu makan.

Anak Susah Makan ‘Demand’ Makanan Luar, Ibu Masak & Bungkus Macam Beli Kat Kedai!

Anak Susah Makan ‘Demand’ Makanan Luar, Ibu Masak & Bungkus Macam Beli Kat Kedai!

Ads

Anak Susah Makan ‘Demand’ Makanan Luar, Ibu Masak & Bungkus Macam Beli Kat Kedai!

Sumber: TikTok @m4kberuang

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI