Anak Susah Makan, Buat Resipi Roti Telur Cheese, Hanya Guna 4 Bahan Saja, Patutlah Ramai Share.

Share

Jika mempunyai anak yang susah nak makan, tentu merisaukan ibu ayah. Makan nasi pun tak nak. Bimbang jika dibiarkan nanti boleh jejas kesihatan.

Apa kata buat roti telur cheese untuk tarik perhatian anak untuk makan. Mungkin cara ini buat anak selera.

Cara nak buat resipi ni pun mudah.

Roti telor cheese 
2 keping roti gardenia – potong 3 bahagian


2 keping cheddar cheese – potong 3 bahagian
Sosej – rebus dan hiris nipis
2 biji telor – campurkan dengan dry oregano dan lada sulah

Cara penyediaan: 

Mudahnya cara nak buat.

1.Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
2.Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah
3.Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh..
Makan panas-panas…yummy

Sumber: Salimah Olie