
Jika mempunyai anak yang susah nak makan, tentu merisaukan ibu ayah. Makan nasi pun tak nak. Bimbang jika dibiarkan nanti boleh jejas kesihatan.
Apa kata buat roti telur cheese untuk tarik perhatian anak untuk makan. Mungkin cara ini buat anak selera.
Cara nak buat resipi ni pun mudah.
Roti telor cheese
2 keping roti gardenia – potong 3 bahagian
2 keping cheddar cheese – potong 3 bahagian
Sosej – rebus dan hiris nipis
2 biji telor – campurkan dengan dry oregano dan lada sulah
Cara penyediaan:
Mudahnya cara nak buat.
1.Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
2.Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah
3.Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh..
Makan panas-panas…yummy
Sumber: Salimah Olie
Rahsia Buat Sup Tulang Auto Sedap Bila Batang Saderi & Lobak Merah Ditumis. Ni Resipinya!

Rahsia Buat Sup Tulang Auto Sedap Bila Batang Saderi & Lobak Merah Ditumis. Ni Resipinya!
Sup tulang kalau kena dengan ramuannya dan menepati selera barulah boleh buat kita menghirup bermangkuk-mangkuk kuah supnya. Pastinya untuk mendapatkan rasa yang sempurna setiap antara kita ada rahsia dan teknik yang tersendiri.
Seperti perkongsian puan Farniza Razali yang tidak lokek berkongsi rahsia ramuan penyedap dalam menyediakan menu Sup Tulang yang menjadi kegemaran ahli keluarganya.
Jadi nak tahu bagaimana rasanya bila ditambah dengan batang sederi dan lobak merah yang ditumis ke dalam ramuan sup, kenalah cuba sendiri baru tahu.
SUP TULANG
Bahan-bahan 1
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
2 ketul halia
1 sudu ketumbar
**bahan ini dikisar sampai halus.
Bahan 2
3 batang sadari
1 batang karot
**bahan ini pun dikisar sampai hancur
Bahan 3
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2kg tulang
5 biji kentang(dibelah dua)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah empat)
Air
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan 1 hingga berbau wangi.
2.Kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
3.Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi dekat tulang tersebut empuk.
- Jika masih tidak empuk, tambah lagi air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
5.Hampir 1 1/2 jam juga dan bila sudah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
6.Masa ini kita tunggu pula ubi kentang empuk dalam 10 minit.
- Apabila sudah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Farniza Razali
“Comelnya Fakhri. Reda Jadi Gitar Baba.” Dayah Bakar Kongsi Gelagat Anak & Suami Buat Ramai Terhibur!

Setiap kali melihat perkongsian ibunga Dayah Bakar, baik video mahupun gambar, pasti ada saja terselit gelagat lucu anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia 1 tahun lebih. Membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Dayah berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya, Kapten Hanif. Menurut Dayah, video yang dikongsikan tersebut adalah video yang telah disimpan lama oleh dirinya dan ingin dikongsikan ketika hari lahir suaminya.
Dalam ucapan khasnya buat suami, Dayah menyatakan bahawa suaminya itu adalah seorang ayah dan suami yang sangat baik. Malah, dia turut menitipkan doa agar suaminya sentiasa dalam lindungan Allah.
“Lama simpan video ni sebab memang nak save untuk post today , on your birthday ! 🥰
Happy Birthday syurgaku @hanif_hamidi 🤍
You are my absolute bestest in everything, and everyday I thank Allah for you 🤍
“To the man who makes me and Fahri always feel loved , protected and happiest, my extraordinary Tchanif , Happy Birthday baba🤍🥰
Semoga Allah melindungi , merahmati dan memberi kebaikan untuk Baba dunia dan akhirat . #syurgauntukBaba
Dalam perkongsian tersebut, Dayah memuatnaik video aksi suami Dan anaknya yang cukup mencuit hati. kelihatan Kapten Hanif sedang ‘bermain gitar’ dengan menjadikan Fahri sebagai gitar.
Gelagat dua beranak ini cukup menhiburkan dan ada yang menyatakan bahawa melihat wajah Fahri seakan redha menjadi gitar babanya.
Rata-rata yang menonton terhibur dengan gelagat lucu Kapten Hanif dan Fakhri. Nampak bersahaja tetapi muka Fakhri memang sangat Lucu. Sentiasa ketawa membuatkan warga maya geram dengan kaletahnya.
Sumber: dayahbakar
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rindu Suara Isteri Memanggil ‘Abang’, 18 Tahun Suami Setia Jaga Isteri Koma!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitulah ujian yang menimpa pasangan suami isteri ini bermula sejak 2004 hingga kini. Tiada apa yang diharapkan bagi Rosli Itam selain menanti keajaiban untuk isterinya kembali sembuh.
Seakan sekelip mata semuanya berubah, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. 18 tahun koma bukan tempuh masa yang singkat, namun suami ini terus setia dan berkorban menjaga isteri tersayang.
Kisah seperti ini harus dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain. Membina rumahtangga , sentiasa ada di sini ketika waktu senang dan susah.
Rindu Dipanggil ‘Abang’
Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun koma dan terlantar sejak 2004 kembali sedar.
Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.
Meracau Tidak Sedarkan Diri
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada penyakit berubah apabila dia meracau serta tidak sedarkan diri pada Mei 2004.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.
“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri meracau dan selepas itu tidak sedarkan diri.
“Isteri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di hospital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan koma.
“Menurut doktor, isteri saya menghidap penyakit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.
Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.
Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekurangan oksigen yang mempengaruhi otak.
Palbagai Ikhtiar Dilakukan
Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun darah masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.
Gejala itu menjadi lebih berbahaya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan kesan buruknya boleh mengakibatkan koma, sawan dan kematian otak.
Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.
“Selain rawatan moden di hospital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.
Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.
Cinta Sampai Syurga
Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, perasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.
Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat penyakit isterinya tampil membantu.
“Saya tidak menagih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.
Sumber : Utusan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club