
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr.
Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr dan sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Difahamkan Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya.
Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
“Anak saya memberitahu, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi… saya mahu bermain dengan kamu.'” ujarnya.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Sumber : talkSPORT
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Kongsi Tip Bagaimana Nak Tarik Minat Anak Suka Belajar, Ini Yang Dikongsikan Wanita Ini. Menarik!

Ada segelintir anak-anak kita yang masih belum boleh membaca walaupun sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Kurang minat untuk belajar mungkin menjadi sebab anak ini tidak boleh membaca seperti rakan-rakan lain.
Sebenarnya memupuk minat anak untuk belajar perlu bermula di awal usia lagi. Walaupun anak-anak masih tak faham ketika usianya masih kecil, cara ni membiasakan dirinya dengan buku dan ilmu.
Wanita ini, Diyana Jamal berkongsi cara dan tip yang dilakukannya untuk mendidik anaknya, Damia yang kini berusia 5 tahun.
Ketahui tip dan caranya. Mulakan dari sekarang adalah satu cara yang paling bijak buat anak kita. Jom baca apa yang wanita ini buat!
Seperti yang di janjikan, ibu nak share cara ibu didik Damia untuk tarik minat dia rajin belajar. Ni adalah berdasarkan pengalaman ibu.
Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu, boleh baca dan cuba buat untuk anak-anak korang ya.
1. Belikan alat tulis
Sejak Damia berusia 3 tahun lebih lagi, ibu dah mula belikan dia alat tulis. Belikan dia alat tulis yang basic je. Contohnya : Pensel, buku.
Pernah juga kami belikan dia warna magic, water color, dan cryon untuk dia berkreativiti.
2. Biarkan anak buat sepah/conteng buku dan dinding
Pada mulanya ibu pun geram juga. Bayangkan, dinding rumah baru di cop dan di conteng dengan pelbagai warna, di sini sana. Mahu tak bertukar hijau!??
Tapi, lama kelamaaan, ibu tahu cara ibu yang salah. Kanak-kanak seusia 2-3 tahun, mindanya sedang pesat berkembang. Mereka ni akan bermain & membuat sepah di rumah macam tongkang pecah.
Dan menconteng itu adalah cara mereka mengexpresi kreativiti mereka. Jika bimbang dinding kotor, korang boleh beli kertas khas untuk di lekatkan di dinding atau boleh juga cat dinding dengan cat minyak. Part yang bersepah tu, kau redha je lah ?? hahaha
3. Be with her
Cari masa untuk bersama-sama dengan anak-anak untuk berkreativiti dan belajar. Kehadiran kita di sisi mereka ni boleh menyuntik semangat dan mood mereka. Dan semestinya, JANGAN pegang handphone semasa sesi tersebut. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
4. Rancang jadual
Walau pun anak kita berusia 3 tahun, kita seharusnya ada jadual untuk dia bermain dan belajar. Tak perlulah sampai nak buat time table.
Cukuplah sekadar meluangkan masa sekitar 1-2 jam untuk belajar. Jika dapat 10 minit sesi pun okey. Bila dia dah suka, lama-lama nanti automatik dia leka untuk belajar.
5. Jangan paksa
Anak-anak ni dia mudah bosan. Bila kita buka je buku atau suruh dia belajar, memang payah nak fokus dan adakalanya dia memberontak.
JANGAN PAKSA. Biarkan dahulu. Perhatikan dahulu cara dia. Seperti Damia, dia suka belajar bila buka tv. Kena sabar dan selalu lihat perkembangan dan minatnya.
6. Have fun
Jangankan budak-budak. Mak bapak budak pun malas nak belajar kalau tak kena cara ? Tapi, kanak-kanak ni lebih mudah di lentur minatnya.
Caranya, kita ibu bapa ni kena kreatif semasa sesi pelajaran. Korang boleh bawa anak-anak pergi ke taman untuk belajar.
Mereka ni lebih mudah mengingat bila melihat benda yang real. Sebagai contoh, kita tunjukkan bunga. Kita ceritakan bunga tu warna apa, berapa kelopaknya, berbau wangi dan sebaliknya.
7. Elak perkataan JANGAN
“Jangan malas belajar”, “Jangan tengok tv”, “Jangan main benda tu”. Sebaliknya TUKAR kepada, “Kakak, jom kita lukis bunga”, “Kakak, jom kita
baca buku”, “Jom kita nyanyi”. Ingat tau korang. Kata-kata yang baik, akan menghasilkan result yang baik.
8. Pillow talk
Ni istilah orang putih. Dalam bahasa Melayunya “cakap bantal”. Bukan cakap dengan bantal tau. Hahaha. Maksudnya, sebelum tidur, ibu akan ulangkaji secara lisan tentang apa yang telah kami lalui dan pelajari siang tadi.
Dan waktu ini, memang sangat membantu untuk kita sebagai ibu untuk jalinkan hubungan yang akrab dengan anak. Ketika dia sedang mamai nak tidur tu, korang ucap dan DOA yang baik-baik untuknya. Jika boleh, peluk dia sekali. This one yang ibu JARANG miss sejak Damia berusia 3 tahun.
Sekarang dia dah 5 tahun. Alhamdulillah dia sangat suka bila di ajak untuk belajar dan ulang kaji.
Selamat mencuba!
Yang Dilihat & Yang Tak Terlihat Tentang Isteri Di Mata Suami. Hadam Betul-betul Benda Ni, Untuk Jadi Lelaki Budiman!

Melayari hidup bersama pasangan, sebenarnya banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dalam berumah tangga. Jangan hanya melihat dan menilai daripada mata kasar namun lihatlah apa yang telah dilakukan oleh pasangan untuk diri kita dan keluarga. Ini penting agar pasangan suami isteri tahu menghargai satu sama lain.
Ini sebagai mana apa yang cuba disampaikan oleh Peguam Syarie ini, sila hadam betul-betul agar terkesan di jiwa.
Yang dilihat dan yang tak terlihat..
Yang dilihatnya dapur yang bersepah..katanya orang lain masak juga tapi pandai mengemas. Yang dia tak nampak, usaha isteri tu nak masak untuk mengisi perut anak-anak. Yangg penting anak-anak tak lapar. Kadang-kadang sibuk sebab nak pastikan anak-anak makan, isteri tu sendiri pun lupa nak makan. Kemas dapur tu nombor 2.
Yang dilihatnya rumah yang bersepah.. katanya rumah orang lain boleh nampak kemas je. Yang dia tak nampak, isteri tu yang banyak habiskan masa dengan anak-anak. Melayan karenah anak-anak. Siapkan keperluan anak-anak nak ke sekolah, keperluan anak-anak yang nak dihantar ke rumah pengasuh. Keperluan isteri pun ala kadar je bersiapnya. Rumah yang bersepah tulah dunia mainan anak-anak tempat bergelak ketawa bergurau bergaduh. Kemas rumah tu nombor 2.
Yang dilihatnya kain baju yang berlonggok tak berlipat.. katanya isteri malas nak mengemas. Yang dia tak nampak, isteri tu yang setiap hari kumpul kain kotor, basuh baju, sidai kain dan angkat kain. Yelah walaupun pakai mesin basuh, kain tu tak bergerak sendiri kalau tak ada yang menguruskannya. Yang penting setiap hari semua orang cukup baju nak pakai pakaian yang bersih. Baju kerja suami pun dia yang gosokkan walaupun baju dia sendiri pun dia jarang gosok. Lipat kain tu nombor 2.
Kenapa kemas dapur, kemas rumah dan lipat kain tu jatuh nombor 2?
Sebab suami tu mungkin lupa yang isteri dia pun bekerja juga. Isteri tu bekerja sebab gaji suami seorang tak cukup nak bayar ansuran rumah, ansuran kereta, upah pengasuh anak, susu pampers bil-bil semua.. suami lupa yang isteri tu terpaksa bekerja juga sebab nak tolong cukupkan keperluan rumahtangga tapi suami ingat isteri tu ada banyak masa untuk buat semua kerja rumah tu sorang-sorang.
Kalaupun isteri tu hanya surirumah, i bet you..surirumah lagi non stop kerjanya. Dahlah tak ada cuti, tak boleh MC dengan nak hadap salah tanggap orang lain lagi yang kata kerja surirumah ni senang sebab 24 jam ada kat rumah. Padahal segala jenis jawatan dia kena buat..cleaner, teacher, babysitter, chef, driver, nurse, mak guard..you name it. Kalau tak percaya cuba take over kerja dia 1 hari. Tak lama.. 1 hari je.
Orang perempuan ni memang multitasking. Dia boleh buat 10 benda dalam 1 masa kalau dia nak. Kadang bukan dia berkira sangat pun kena buat semua kerja-kerja rumah tu. Cuma bila dia sama-sama penat bekerja bila balik rumah suami pulak ‘tegur’ salah cara. Memang boleh jadi stress dan depress jadinya. Orang perempuan hatinya boleh jadi selembut sutera dan sedingin salju. Tapi kadang-kadang boleh jadi sekeras batu dan sepanas lahar gunung berapi yang tunggu masa je nak meletup. How you treat her will determine how she will react towards you.
Apa yang isteri nak sebenarnya?
Dia cuma nak orang yang tersayang terima dia seadanya. Dia bukan superman tapi orang biasa yang memang ada kelemahan dan kekurangan. Kalau tak pandai nak memuji janganlah mengeji. Kalau tak pandai nak menghargai janganlah menyakiti. Kalau tak pandai nak membantu janganlah makin membebankan. Kalau tak pandai nak buat dia senyum..janganlah buat dia sampai mengalirkan air mata..
Rumahtangga bukan neraka dunia tempat kumpul dosa. Tapi ladang akhirat tempat kumpul pahala buat bekalan untuk ke syurga bersama-sama nanti. Wahai suami budiman.. pimpin tangan saya ke syurga boleh?
sumber : Roslina Sabiyah & Co
Pasangan Ni Beli Rumah Lama Berusia Lebih 30 Tahun. Tapi Kini, Nampak Wow!

Memiliki rumah dan dijadikan sebagai eset pelaburan merupakan cara yang cukup bijak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Nursabrina ini apabila sanggup membeli rumah lama berusia lebih 30 tahun dengan harga lebih rendah untuk dijadikan homestay sebagai satu cara mencari peluang menambah pendapatan.
Pun begitu, dalam memastikan rumah inap desa cantik dan selesa, proses baik pulih telah dilakukan. Jom kita kita lihat hasilnya.
Rumah ni dah berusia lebih 30 tahun. Harga beli 80K. Tujuan beli nak buat homestay. Lagi satu sebab rumah tu sebelah rumah mak dan abah.


Belum siap deco sepenuhnya tapi kak min excited nak share. Harap beri manfaat pada semua.
Konsep idea dari saya sendiri dan ini saya kongsikan tip untuk jimat deco cara saya.
Biasa saya akan survey harga dulu dan buat perbandingan harga. Beli barang time offer. Jadi kos reno 35k.
Sumber : Nursabrina Zahari