Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak cedera. Ibu sudah pasti akan melakukan yang terbaik buat anak tersayang.
Begitulah perasaan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48 apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin berada di hospital hampir seminggu berikutan patah tangan.
Muat naik kecederaan anaknya dikongsi Rita sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, dia berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang anaknya itu berada di hospital.
Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.
Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi apabila terpaksa menanggung sendiri kos perubatan Airit Rayyan Rizqin akibat masalah pelan insuran.
Katanya lagi, pelan insurans Ryan yang sudah didaftarkan sejak kecil sudah tidak boleh digunakan kerana tamat tempoh selepas bapanya, Aidil Zafuan berhenti membuat pembayaran sejak 13 tahun lalu.
Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka plate, mommy tanggung sendiri bukan insurans.
Bagaimanapun, katanya lagi dia berusaha membuka akaun baharu tetapi gagal apabila Aidil yang juga pemain bola sepak negara itu enggan menurunkan tanda tangan bagi menutup akaun insurans lama.
Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.
“Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.”
“Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik.”
Tambah Rita, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.
“Allah maha baik. Dia permudahkan segalanya. Allah hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa.”
View this post on Instagram
Sumber: IG ritrud727