
Dia macam ni tau
Anak anak boleh jadi agen penyebar kasih sayang dan sifat yang baik sesama mereka.
Syaratnya, kita mesti layan mereka dengan baik, adil dan saksama.
Jangan kita layan anak sulung garang tahap dewa, selalu marah marah dan pukul. Kemudian adik yang kecil pula kita baik lembut sangat.
Hasilnya.
Anak sulung akan menjadi agen yang akan menyebarkan perkara yang kurang baik kepada adiknya.
Dia akan marah marah adik
Dia akan pukul adik
Apa yang kita berikan kepada anak itu akan disebarkan pula kepada adik adiknya.
Dan ia tidak akan berhenti selagi kita tidak mengubah cara dan tingkah laku kita.
Kalau kita selalu sabar dan layan anak sulung dengan baik, kerja kita akan jadi.
Anak anak sulung itulah yang akan menjadi penyebar kebaikan kepada adik adiknya.
Akhirnya semua dalam runah itu akan dapat yang baik baik aje..
#notaparentingpuanfarhan
“Doa Inilah Mak Baca Ketika Besarkan Kami 8 Beradik.” Bukan Sahaja Anak Dengar Cakap, Amalan Ibu Ini Juga Dapat Tambah Rezeki.

Kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit. Demi anak-anak semuanya diharungi dengan cekal. Malah setiap masa dan saat, mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam keadaan sihat sejahtera selain mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Biar perlbagai kesulitan terpaksa dilalui sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak, namun demi meastikan zuriat penyambung warisan mereka ini sentiasa terpeliharna oleh Yang Maha Pencipta, si ibu tidak terhenti dari menitipkan doa.
Perkongsian daripada Pakar Motivasi Tuan Mohamad Bin Mohshin ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua ibu dalam mendidik anak-anak.
Tadi masa balik dari rumah mak, masa nak salam mak tu, aku sempatlah cakap kat mak..
“Mak, doakanlah alang ni ya.. Sihat.. Kaya..”
Bila aku sebut kaya je.. Mak pandang aku..
“Kenapa mak? Tak boleh ke jadi kaya. Alang nak jadi kaya macam Abu Bakar Assiddiq, macam Uthman Affan..” aku balas terus sebab tengok muka mak pelik je..
“Boleh.. Bacalah doa selalu”
Jadi posting kali ni aku nak share doa yang mak aku ajar.
Mak aku ni memang spesel tau.. Rezekinya memang selalu murah. Kerja cikgu.. Tapi duit simpanan boleh tahan jugak banyaknya. Aku tau sebab selalu tolong dia bank in duit atau keluarkan duit dia.. Walaupun kerja cikgu je.. Pergi haji dah dua kali.
Pernah pergi melancong ke Jordan dan Syria siap support aku sekali sebagai pemandu pelancong, huhuhu.. Rumah ada, tanah pun ada. Loan yang ada hanyalah loan rumah je.. Lain dia banyak beli cash. Duit nya jugaklah selalu guna untuk baiki dan upgrade surau depan rumah..
Anak ada 8 orang. Kata dia semua dengar cakap.. Bangun pagi pun senang.. Dulu-dulu pukul 5 pagi kami adik beradik dah bangun pergi mandi pergi sekolah.. Huhuhu.. Kalau demam pun malam je, pepagi kami semua sihat balik, senang nak pergi kerja.. Rezeki duit pun murah, rezeki anak pun murah..
Okay.. Kembali kepada topik, asalnya aku nak mintak mak doa je, sebab setiap kali aku mintak mak doa, projek Seminar Tapow A kami mesti meletop-letop. Testimoni pun dapat banyak dan gempak.. Paling besar seminar kami hari tu adalah seramai 4200 peserta di Stadium Tertutup Nilai masa bulan Mac.
So, bila aku mintak mak doa, dia suruh aku doa sendiri hari-hari, lepas solat dhuha. Walaupun mak tau doa ibu makbul untuk anaknya, dia tetap nak aku doa sendiri.
Aku yakin ini doa yang dia amalkan. Sebab dia boleh jawab spontan tiga doa ni tanpa lupa. Memang power.
Dia kata amalkan, selalu jadi pada dia rezeki tak putus. Bila rasa duit nak habis je, mesti tetiba ada je rezeki baru masuk.
So, korang kalau rasa bagus, jom lah kita amalkan ya. Share lah bebanyak terutama suri rumah yang mahu keluarganya murah rezeki melimpah ruah. Dalam pada suami pergi kerja, kita banyakkan kirim doa dari rumah.
Ok, inilah 3 doa yang mak aku pesan tadi.
1. Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat
” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ” Surah Shod, ayat 35.
Doa Nabi Sulaiman, surah Shod ayat 35
2. Doa yang Nabi baca masa minum air zam-zam. Kita amalkan walaupun minum air biasa.
“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”
Doa minum air Zam zam
3. Doa Nabi Muhammad sewaktu pagi yang ditulis Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar
“Ya Allah, aku bermohon pada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”
Doa Nabi Muhammad waktu pagi
Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.
Sumber: Mohamad Bin Mohshin
Ibu-Ibu Patut Cuba Cara Mudah Seterika Baju Ni. Bukan Saja Dapat Jimat Elektrik, Kedutan Pun Cepat Hilang!

Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
- Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
- Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
- Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
- Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
“Mampu Tak Ibu Kuat” Baru 10 Minggu, Shuhada Hamil Anak Ketiga

Setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia pasti ada hikmah disebaliknya.
Masih belum reda dengan isu keretakan rumah tangga, kini Shuhada Shukri yang merupakan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi dikhabarkan sedang hamil anak ketiga yang baru berusia 10 minggu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Shuhada berkongsi tentang berita kehamilannya dengan rasa sebak.
“Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya tapi sejujurnya ada hari, kekuatan tu tak sampai pada ibu.
“Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan hati ibu. Air mata mengalir tak hanti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu,” luahnya.
Dalam pada itu, Shuhada turut menyatakan bahawa dia perlu kuat demi menjaga anak-anaknya, Humairah, Umar dan bayi dalam kandungannya walaupun sedang mengalami tekanan mental yang dihadapinya sekarang.
“Ibu dah cuba untuk kuat, lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depres yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati ibu, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru sis and umar,” tulisnya.
Meskipun sudah berupaya untuk mencekalkan diri, namun ada juga halangan yang perlu dihadapinya bagi mengharungi ujian kali ini.
“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan ibu masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut Ibu beri kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu,” katanya.
Bimbang dengan keadaan dirinya, Shuhada juga berkongsi mengenai berita tentang wanita yang menikam leher sendiri sehingga maut sewaktu dalam pantang akibat tekanan melampau.
“Ibu ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab terkekan. Ibu betul-betul takut. Ibu tanya diri sendiri, mampu ke ibu hadap perjalanan ni. Mampu tak ibu kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak- anak membesar depan mata ibu dan sama- sama kita susah senang,” tambahnya.
Akibat terlalu tertekan, Shuhada juga dikatakan telah jatuh pengsan sewaktu di hospital dan disarankan untuk berbuka puasa oleh doktor demi keselamatan bayinya.
Tidak dinafikan, ujian ini tidak mudah untuk diharungi seorang diri, namun Shuhada tidak lupa untuk bersyukur dikurniakan orang sekeliling yang baik hati dan sayang kepadanya.
“Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun payah nak telan. Walaupun ibu dihina, ibu dimaki, ibu dikhianati, ibu ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni.
“Masa mula-mula semua ni, ibu selalu rasa lonely. Ibu terlalu kecewa sampai lupa lihat betapa Allah sangat mengasihi ibu. Allah berikan tokwan, tokmi dan adik-beradik yang selalu sokong ibu dan selalu ada sepanjang perjalanan ni.
“Allah hadirkan insan-insan hebat untuk bantu and sokong ibu bangkit untuk berniaga dan berdiri atas kaki sendiri,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Shuhada yang juga dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dipukul oleh suaminya, Hafidz Roshdi telah memfailkan cerai pada Mac lalu.
Sumber: Instagram Shuhada Shukri