Anak Suka Sosej. Nak Pastikan Yang Dimakan Berkhasiat, Homemade Adalah Terbaik!

Share

 

Perkongsian daripada seorang ibu ini yang lebih selesa menyediakan menu sosej untuk anak-anaknya dengan menyediakan sendiri ramuannya.

Menurutnya, hidangan yang dibuat sendiri lebih sihat kerana bebas MSG dan hanya menggunakan daging ayam asli tanpa dicampur dengan bahan-bahan lain.

Jom semak cara untuk hasilkan sosej yang enak dan sihat ini.


Hari ini mama nak kongsikan resepi mudah sosej ayam homemade

yang semestinya bebas MSG dan menggunakan 100% daging ayam.

Dah lama Bashir,Dhia dan Fina tak merasa makan sosej jadi mama pun merajinkan diri buat.

Resepi sosej ayam homemade.


(Kredit kepada Puan Zai Huda atas inspirasi)

Bahan:
400-500g isi ayam dipotong kecil supaya mudah dikisar
3 ulas bawang putih dicincang
Serbuk lada hitam lebih kurang dua sudu kecil
Sebatang daun sup untuk beri aroma wangi dan rasa sedap pada sosej
Garam pink himalaya secukup rasa
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung

Cara:
1.Dengan menggunakan food processor, kisar isi ayam bersama bawang putih, daun sup, serbuk lada hitam dan garam.

2.Setelah sebati masukkan tepung ubi dan tepung jagung kisar sebati.

3.Sudukan isi ayam menggunakan sudu teh ke atas plastik cling wrap.Tak perlu kotorkan tangan pun pegang dua sudu. Sebelah sudukan,sebelah lagi tolak ke plastik.

4.Lipat cling wrap sambil ratakan isi ayam dan gulung kemas serta ikat di kedua-dua bahagian hujung seperti bentuk sosej.

5. Bekukan di dalam peti ais selama beberapa jam.

 

6.Setelah beku,buka plastik balutan tadi dan boleh dimasak seperti biasa.
Nak rebus,goreng tanpa minyak pun boleh.Jangan rebus dengan plastik ya.

Nota:Boleh guna isi ayam antibiotics residue free.
Guna mini cling wrap supaya senang kerja dan bersaiz kecil.

Selamat mencuba!

Sumber : Widyana Ali