Melayan selera anak-anak di musim cuti sekolah ini tentu mencabar bagi ibu untuk memenuhi permintaan setiap seorang.
Maklumlah, setiap anak ada makanan kegemarannya. Pun begitu, jangan tak percaya andai dihidangkan sosej pasti sahaja anak-anak tidak akan menolak.
Jadi apa kata, anda mencuba untuk hasilkan sosej homemade ini yang dikongsikan oleh Puan Izatul Shiela.
Bila sosej ini dibuat sendiri, tentu lebih jimat dan yang penting kebersihan dan khasiat makanan terjamin.
Anak suka makan sosej?
Asyik2 nak beli, paroh jugak kan. Tapi tapi tapi baik buat homemade sosej ja. Dah gerenti selamat dan suci gitu.
Sosej camni boleh buat banyak terus. Simpan beku. Nak makan, defrost kejap pastu goreng/ grill. Ha satu kuarga boleh makan.
SOSEJ HOMEMADE
400gm isi ayam*
1/2 bawang besar*
1 biji cili kering*
2@3 biji cili api* (Nak pedas lebihkan)
2 ulas bawang putih*
1/2 sudu pati maggi@1/4 kiub ayam
2 biji telur gred c
Garam secukup rasa
3@4 biji lada hitam (nak pedas boleh lebihkan)
4 sudu besar tepung ubi
Sawi (terpulang nak letak atau x)
Carrot (terpulang nak letak atau x)
Plastik ais krim
CARA :
Blend isi ayam dan semua bertanda *
Campur semua bahan² dan gaul sebati.
Piping adunan ke dalam plastik aiskrim. Ikat kedua2 hujung plastik aiskrim, ketat dan kemaskan.
kukus Selama 15@20 minit dengan api sederhana besar. Tapi kalau rasa adunan still lembik tambahkan masa mengukus.
Sejukkan sosej, potong hujung plastik dan keluarkan sosej.
Panggang sehingga warna keemasan dengan api. Letak sedikit minyak untuk elakkan sosej melekat.
Taraaaa, selamat mencuba
sumber : Izatul Shiela II via MAHN