Anak Suka Menjerit Bukan Suka-Suka, Ini Sebabnya Ibu Ayah Kena Tahu.

Share

Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai.

Naik geram dibuatnya! Sungguh mencabar tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Jadi begiini cara untuk mengendalikan anak sebegini. Ikuti perkongsian ini.

Anak suka menjerit

Anak kuat menjerit sebab dia senang triggered! Bukan dia suka-suka nak jerit tapi yang sebenarnya dia sendiri tak dapat nak kawal kotak suaranya.

Terutamanya bila dia rasa 5 emosi besar ni :
– marah
– sedih
– gembira
– takut


– terkejut

Automatik, dia akan triggered dan terus menjerit secara spontan.
Anak tak salah pun sebenarnya, ia di luar kawalan, tapi dia selalu rasa bersalah. Ini pasti!
Sebaiknya kita didik anak cara untuk meluahkan emosi dengan betul. Itu lebih baik.

1 – Kenalkan anak dengan 5 emosi utama.
Boleh guna mimik muka, buat muka dengan emosi berbeza-beza dan minta anak teka. Anak lebih senang belajar guna bahasa tubuh berbanding kata-kata.
Boleh juga jadikan games cuba teka emosi ibu hari ini. Hihi

2 – Ajar anak labelkan emosi dia
Bila dia jerit kita buat-buat tanya dia,
“Abg marah ke sebab ibu kata tak boleh main luar?”
Lama-lama nanti anak sendiri pandai ucap bila dia rasa marah. Silap hari bulan, dia tak jerit lagi dah.

3 – Latih anak tenangkan dirinya sendiri
Tips 1 : Bila marah boleh ajar anak urut dadanya dari atas ke bawah. Ulang sampai tenang.
Tips 2 : Tarik nafas 4-4-4 ( 4 saat sedut, 4 saat tahan, 4 saat hembus ) – ulang sampai tenang
Tips 3 : Satu lagi teknik grounding ialah peluk diri sendiri seerat-eratnya sampai rasa tenang.
Senang je.

Tak susah pun sebenarnya nak handle anak yang kuat menjerit ni, kita ajar dia kawal emosi dengan sendiri jerit dia pun terkawal.
Yang penting, bila anak kuat menjerit kita jangan cepat triggered pula. Naya sungguh la gitu.

Anak menjerit, kita menjerit. Siapa pula yang nak tenangkan. Aduhai..
Sebab tu la kita sebagai ibu ayah kena mahir dulu skil kawal emosi ni, baru la senang nak tenangkan diri sendiri dan tenangkan anak.


Wallahu A’lam,

Sumber: Mohd Fhais Salim

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club