Kepada ibu bapa perasan tak, apabila anda balik daripada kerja luar, anak buat kelakuan agak pelik malah mudah merajuk tanpa sebab munasabah.
Namun, melalui perkongsiannya, situasi ni berlaku sebabkan emosi anak rindu kepada ibu atau ayahnya.
Ikuti perkongsian Taufiq Razif ini yang menghuraikan kenapa anak merajuk.
Ads
Anak asyik meragam je bila saya balik rumah ni. Sorang merajuk masuk bilik, sorang asyik menangis. Sorang asyik nak melekat kat kaki.
Pelik saya.
Fikir punya fikir rupanya anak anak saya ni TANGKI EMOSInya tengah kering. Yela, hampir seminggu jugak saya berjauhan dengan anak baru ni.
Ads
Memang anak hampir kering TANGKI EMOSInya ada beberapa tanda, antaranya :
#1 – Anak suka merajuk tanpa sebab
#2 – Anak suka meragam tanpa sebab
#3 – Suka marah marah
#4 – Mudah terasa dan sensitif
#5 – Suka buat benda pelik depan kita untuk tarik perhatian kita
Ads
Rupanya benda ni senang je nak setel. Peluk je mereka ni lama lama dan spend masa bersama mereka secara adil. Jangan duk fokus anak yang paling bongsu je. Anak pertama yang paling tua pun lagi lagi lah kena layan sebab yang paling tua lah sebenarnya yang paling mudah kering TANGKI EMOSInya.
Tolong bagitahu ilmu ni pada suami masing masing ye terutamanya suami yang selalu outstation dan berjauhan daripada keluarga dan anak anak.
Paling bahaya kalau ada suami yang tak faham ilmu ni dan dibiarkan je anak anak kering tangki emosinya. Silap haribulan, boleh jadi anak anak tu akan cari orang lain untuk isi tangki emosinya! Ini yang paling kita takutkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di sebalik apa yang berlaku dengan penularan wabak COVID-109 ini, rupa-rupanya tersembunyi seribu satu hikmah. Mungkin kita tak mampu pandang dalam mata kasar, namun percayalah ramai sudah menyedarinya.
Kalau dulu kita sibuk dengan urusan kerja sehingga alpa segalanya. Anak-anak sibuk dengan dunia mereka manakala ibu bapa pula sibuk mengejar kerjaya. Namun, memasuki seminggu Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini dilaksanakan, banyak yang berubah.
Usah pandang dari sudut negatif semata-mata, tetapi lihat bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang kian erat. Waktu inilah ibu bapa dan anak-anak dapat meluangkan masa bersama, memasak, makan dan melakukan kerja rumah bersama-sama.
Itu antara bingkisan yang dikongsikan oleh pengacara terkenal, Datuk AC Mizal selepas dua minggu berada di rumah.
Akuinya, sebelum ini dia tidak membayangkan situasi ini akan berlaku kepada dirinya dan keluarga.
Setelah bertahun bekerja alhamdulllilah dapat berehat bersama keluarga tanpa memiirkan apa apa sbb semua mengalami nasib yang sama #juststayathome…terasa kenikmatan hidup bila anak anak ada depan mata dimana kita tidak sibuk bekerja dan anak anak tak sibuk kesekolah atau college.Ada hikmahnya covid19 ni…semua hal dunia direhatkan sementara dan peluang kita bersama keluarga menyembah Illahi.
Saya cadangkan ambil lah peluang ini untuk kita sama sama berehat dirumah bersama keluarga kerana setelah bertahun kita hidup kita diberi peluang selama 2 minggu bersama kelurga yang kita kasihi…kita belum tahu apa akan terjadi selepas ini kerana sebelum ini tak pernah termimpi pun kita terpaksa berada di rumah selama 2 minggu kerana serangan virus covid19.Mungkin keadaan akan kembali baik atau semakin teruk….
Jadi kalau inginkan KEADAAN KEMBALI PULIH sila lah ikut arahan Pihak Kerajaan kerana jika masaalah ini tidak dapat dibendung maka kita akan terus dikawal atau MUNGKIN dengan izin Allah keadaan akan kembali baik maka kita akan mulakan kembali kehidupan kita seperti biasa sibuk dengan kerja dan anak sibuk dengan hal mereka.
Kita akan kembali dengan kurang masa bersama keluarga.Jadi ambillah peluang keemasan bersama keluarga di rumah sendiri sebagai MASA REHAT YANG BERHARGA!
Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan ALLAH yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Selalu kita dengar orang berkata, senanglah bila anak-anak sudah besar sikit, bolehlah disuruh-suruh buat itu dan ini. Ringan sikit bebanan mengurus rumah.
Namun hakikatnya, tujuan utama ibu melakukan demikian bukanlah untuk kesenangan peribadi, namun lebih kepada mendidik anak-anak untuk tahu berdikari dan berdisiplin dalam hal menjaga kebersihan diri dan sekali gus tahu membuat kerja-kerja asas.
Andai langsung tidak didedahkan tentang hal-hal sedemikian, bimbang bila anak telah dewasa hanya pandai mengarah seperti seorang Tuan kepada hambanya.
Hal yang sama juga dilalui oleh wanita ini yang berkongsi kisah bagaimana ibunya mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam hal penjagaan kebersihan rumah. Jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Pesan mak dari dulu kini & selamanya
Pastikan rumah kemas dan bersih sebelum keluaq rumah sampah buang dengaq dak anis?
Bangkit tidoq kemaih balik katil dan bilik macam sebelum tidoq pintu bukak jangan dok tutup 24 jam sebab sambil lalu pon mak boleh nampak bilik hang kemas ke dak hahahahha
(Pesan mak dari anis kecik sampai dah terlekat dalam kepala ni sampai dah tua)
Dulu masa anis sekolah kalau sekolah petang tiap-tiap hari bangun je tido tugas tetap kemas rumah, sapu sampah dan sidai kain tiap-tiap hari okey. Mak cakap walaupun kita belajaq tinggi, reja besaq ,duit banyak ka kita orang pompuan kena jaga kebersihan rumah. Biaq barang buruk jangan sampai sarung bantai pon “sejuk”
Dapoq lepas masak susun pinggan, cuci sink bila dapoq dah sejuk lap balik macam sebelum guna tadi. Biaq orang kata dapoq lagu tak masak ka apa ka janji kita lepas guna bersihkan balik. Abih kalo dapoq tak masak nak makan apa hahahah
**media[101010]**
Kalau kata mak hari ni takyah sapu sampah boleh tak? mak akan cakap :
Sapu jugak sebab kita tak nampak sampah yang ada. Cuba sapu dulu lepas tu tengok ada tak dalam penyodok tu.
(Cara mak didik anak dia tak jadikan anak tu hamba tapi setiap anak dia jadi disiplin dengan tangungjawab sampai la kami semua dah besaq panjang)
Mak kata kemaih rumah bukan sebab orang nak datang tapi kebersihan salah satu benda yang dituntut dalam islam.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.