Musim cuti sekolah begini, mandi kolam antara satu kemestian bagi anak-anak. Tambahan pula jika ke tempat-tempat yang ada kolam renang. Rasanya tak sah kalau tidak mandi kolam kan.
Selepas seharian bermain di kolam renang — anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja “jumpa” air.
Ini situasi biasa, namun yang tidak kita jangka adalah keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian.
Kejadian tersebut dialami oleh Cassandra Jackson, 41 tahun. Memetik laporan ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.
Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.
Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!
Ads
Mati lemas sekunder
Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.
Apa itu mati lemas sekunder?
Ads
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein — mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang.
Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.
Tanda-tanda mati lemas sekunder
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.
Ads
Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
Batuk
Sakit dada
Sukar bernafas
Kelihatan amat letih
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan “tertelan” air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.
Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.
Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka
sumber: TheAsianParentMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya. Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang kagum dengan keperibadian dan ketokohan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam melaksanakan tanggung jawabnya. Ini termasuklah seorang remaja autisme yang dikatakan menghantar surat kepada beliau.
Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Dr Zulkifli menerusi laman facebooknya.
Menerusi beliau, remaja yang dikenali sebagai Wan Aiman itu pernah menulis surat kepadanya dan mengaku cukup meminati beliau. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas, pasti kenal Wan Aiman, remaja autisme ini. Beliau suka menulis surat kepada saya dan menurutnya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya.
Pagi ini beliau memberikan sepucuk surat kepada saya selepas Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi.
Saya amat terharu dengan kepercayaan dan harapan yang beliau berikan kepada saya. Saya doakan anakanda Aiman membesar menjadi anak yang soleh, bijak, dan membanggakan kedua-dua ibu bapa bila dewasa nanti.
Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas, pasti kenal Wan Aiman, remaja autisme ini. Beliau suka menulis…
Seumur hidup mungkin ada yang belum pernah mencuba menanam cili benggala atau capsicum ini.
Biasanya ramai lebih berminat menanam cili kulai atau cili merah dan juga cili padi di laman rumah untuk kegunaan sendiri. Sama ada ditanam dengan teknik fertigasi atau ditanam terus ke atas tanah atau di dalam pasu, ini telah biasa dipraktikan.
Pun begitu menanam cili benggala di tepi rumah, idea yang bagus juga. Bolehlah bila tanaman mengeluarkan hasil, diguna untuk menyediakan beberapa menu yang enak.
Untuk itu, buat yang pertama kali ingin mencuba, jom kita ikuti perkongsian daripada Mell Akmal. Walaupun dia bukanlah pakar dalam bidang tanaman, namun telah berjaya menanam pokok cili banggala dan tanamannya hidup subur hingga mengeluarkan hasil.
Ini perkongsiannya.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanya kan cara semai anak pokok. Cara saya
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan
2. Ambil biji nya, dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang . Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Bila dah besar sikit sy spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya x sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat kuala lipis pahang.
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja.
Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ade yang salah. Mohon tunjuk ajar.