Anak Suka Makan Ayam. Jom Pukau Seleranya Dengan Chicken Pop!

Share

Kebiasaanya anak-anak memang suka makan ayam, sama ada dimasak ringkas atau disediakan dengan menu istimewa pasti akan mampu mengugat selera anak-anak. Malah tidak menghairankan, seisi keluarga juga akan menggemarinya.

Oleh itu,  apa kata hari ini anda berikan sedikit perbezaan menu ayam untuk dihidang kepada keluarga anda dengan olahan resipi daripada puan Amie ini.

Lihat sahaja gaya persembahan juadah ini yang telah siap terhidang, cukup menyelerakan! Dicucuk dengan batang aiskrim, memberi mood berbeza dan sekali gus membuatkan anak kecil tidak sabar untuk menikmatinya.

Menariknya juga dengan adanya batang aiskrim tersebut secara tidak langsung  memudahkan anak-anak memegang hidangan tersebut dengan selesa. Menarik juga jika dijadikan bekalan ke sekolah.

Jadi usah tunggu lagi, jom ketahui resipinya.

Resepi Chicken Pop

Bahan-bahan:

1 ketul besar Chicken Breast
1 biji sederhana kentang rebus
1 biji telur
3 ulas bawang putih
Carrot (sy letak)
Serbuk cili
Serbuk kunyit
Kiub ayam
Garam

Bahan lain

Batang ais krim
Telur untuk salut
Bread crumb secukupnya

Cara buat :

  1. Kisar semua bahan dan bentukkan bulat-bulat, kemudian dikukus.
  2. Setelah masak cucuk guna batang aiskirm.

3. Kemudian celup telur dan salutkan dengan bread crumb.

4. Kemudian goreng hingga kekuningan.

Ekstra Info :

Tip Pilih Daging Ayam Segar

1. Perhatikan Warna

Hindari daging ayam yang berwarna pucat, karena daging ayam yang segar cenderung berwarna merah muda.

2. Baunya

Seharusnya, ayam yang segar tidak memiliki bau yang kurang menyenangkan.

3. Perhatikan Tekstur

Daging ayam yang segar bentuknya akan kembali seperti semula ketika ditekan.

sumber : Amie Samuri VIA MAHN