Agak biasa kita lihat dan katakan jika anak lelaki pasti akan suka pada mainan kereta, lori, jengkaut, kapal korek, kereta api, trak, motor dan sebagainya. Lazimnya bagi anak lelaki, permainan inilah yang paling seronok buat mereka untuk bermain.
Bahkan bukan itu sahaja, kalau boleh baju t-shirt yang mereka pakai juga lagi bergaya dirasakan jika mempunyai gambar kenderaan tersebut. Seakan begitu obses dengan jentera-jentera tersebut.
Jadi apa kata gandakan keterujaan anak-anak anda dengan jentera-jentera atau kenderaan tersebut dengan berkunjung ke Diggersite Malaysia yang terletak di Johor.
Uniknya tempat ini anak-anak berpelung mengendalikan sendiri pelbagai kenderaan seperti kapal korek, jengkaut dan sebagainya bagi memberi pengalaman istimewa kepada anak-anak lelaki.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Haizum Shairah yang telah pun berkunjung di sana dan membuat sedikit review berkenaan tempat tersebut di akaun facebooknya yang mencuri tumpuan warganet.
Diharapkan dengan cara ini dapat memberi idea buat keluarga di luar sana yang masih tercari-cari lokasi percutian sempena musim cuti sekolah ini.
“Anak suka excavator, lori dan sepengakutan dengannya wajib pergi. Memandangkan Hazz Khidir sangat meminati segala jenis kenderaan . Maka kami putuskan tempat pertama kami singgah sesampainya di JB adalah Diggersite Malaysia . Boleh waze lokasi.” Tulisnya di ruangan kapsyen pada hantaran beberapa keping gambar sebagai info buat semua.
Location:
Diggersite Malaysia, Ecoflora Johor Bahru
Bayar RM30 boleh main semua sampai puas. Mak ayah free je. Kalau anak korang peminat tegar excavator wajib bawa pergi sini tau.
Ade 4 jenis truck. Digger, excavator & front loader. Anak-anak boleh tambah pengalaman macam mana nak control construction machinery , boleh korek-korek pasir, angkut kayu dan bola. Selain itu anak-anak boleh cuba pandu forklift. Waktu kami sampai ada 1 sahaja forklift.
Basikal juga disediakan untuk meronda kawasan sekitar. Boleh guna. Sudah termasuk bayaran RM30.
Ada juga disediakan ruang untuk anak-anak bermain pasir berserta alatannya. Bertabahlah wahai ibubapa .
Lain-lain kemudahan:
Surau dan tandas disediakan – Bersih
Ada kedai makan berhampiran
Banyak Spot cantik untuk ambik gambar
Boleh pin tempat ni untuk lokasi cuti sekolah nanti ye . Apa-apapun anak-anak pasti teruja berpeluang mengendalikan jentera sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN :
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club