Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais, kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya.
Pun begitu, jangan terlalu seronok hingga ‘ketagih’ mengunyah ais, ada kesannya pada kesihatan. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh doktor ini.
TABIAT MENGUNYAH AIS BATU
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Walau bagaimanapun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
FAKTOR KEINGINAN MENGUNYAH AIS
1) Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
2) Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
3) Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking)
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.
Memahami erti cantik bagi seorang wanita, ramai mengatakan biarlah kecantikan itu datangnya dari dalam dan pastinya dengan sendirinya akan terpancar keseriannya di wajah.
Jadi tidak salah kiranya kita amalkan petua ini untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman secara alami.
Jom semak.
Petua nie untuk penjagaan dalaman dan mewangikan,memantapkan kewanitaan gitu.
Banyak nau makanan yang tak sihat sekarang ni yang sebabkan ibu ibu ada masalah dalaman berbau kurang menyenangkan dan sebagainya .
Bagi yang nak dalaman sihat, selain amalkan #postnatal meh amal petua nie.
Bahan-bahan:
3 batang serai diketuk
3 cm halia tua/muda diketuk
2 cm kunyit diketuk
sedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
sehelai daun pandan
sedikit gula batu – boleh digantikan dengan madu jika suka.
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas. Gunakan api yang perlahan. Tunggu suam dan sedia untuk diminum.
Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
Kehidupan selesa, bukan bererti hidup didalam banglo serba mewah dengan 10 bilik serta dekorasi yang menawan.
Ada yang mempunyai kediaman yang sederhana dan sempit sudah cukup membahagiakan buat dirinya.
Hakikatnya rezeki setiap manusia, berbeza dengan manusia yang lain. Kehidupan selesa mempunyai pelbagai definisi buat kita semua.
Ada orang cukup baginya lalui kehidupan tanpa bergantung pada orang lain dengan memiliki rezeki dengan baik untuk keluarganya.
Begitulah yang digambarkan sebuah keluarga ini menerusi perkongsian di facebook milik puan Ina Mat Isa. Biarpun hanya mempunyai keluasan rumah hanya 20 X20 dengan satu bilik dan satu bilik air,tetap meluahkan rasa syukur memiliki kediaman sendiri.
Biarpun mengambil masa dua tahun, untuk siap sepenuhnya, keluarga ini tetap meraikan kediaman milik mereka ini yang serba sederhana. Moga ada rezeki, buat keluarga ini besarkan rumah kemudian hari.
Apa yang jelas, keluarga ini bahagia mengikut caranya tersendiri. Biarpun rumah kecil dan serba kekurangan, namun itulah ‘syurga’ buat keluarga ini.
Rumah kecil kami sekeluarga, keluasan 20×20, amik masa hampir 2 tahun untuk siap sepenuhnya. 1 bilik dan 1 bilik air. Dari buat beam, ratakan tanah 10 lori tanah 3 tan, angkat tiang, ikat bata, buat berdua dengan suami,.kecuali part last ikat bata bilik dan buat bilik air, plasta bahagian dalam dan lantai upah orang.
Baru duduk lebih kurang 4 bulan, masih lagi tiada bekalan elektrik ( kami guna lampu solar), air guna tubewell pun korek sendiri berdua dengan suami.
Alhamdulillah rasa seronok sangat dapat duduk rumah sendiri, walaupun kecil namun sangat selesa untuk kami 5 beranak.
Dapat bantuan NGO
Saya edit sedikit. Sebahagian dari bahan binaan kami dapat sumbangan dari hardware, masa tu kami dah bina separuh, kemudian ada NGO datang melawat (saya ada 3 anak istimewa, seorang dah meninggal awal tahun lepas), dengan bantuan ngo kami dapat sumbangan bahan binaan. Total kos ( termasuk bahan binaan yang di sumbangkan) dalam 15k untuk siapkan rumah ni.
Sering terjadi semakin berusia tahap kesihatan juga semakin menurun. Atas sebab itu juga, lutut akan terasa sakit untuk melangkah apatah lagi saat menaiki dan menuruni anak tangga. Memang perit dirasakan. Selain disebabkan faktor usia, kesakitan lutut turut boleh berlaku disebabkan masalah otot dan tisu, kecederaan, dan berat badan berlebihan.
Jadi bagaimana cara untuk kurangkan rasa sakit lutut tersebut?
Ya! Ada beberapa perkara bopleh dilakukan dan ini antaranya :
Buat senaman kardio
Apabila anda berjalan ataupun berenang, ia mampu menguatkan lagi otot-otot bahagian lutut dan meningkatkan fleksibiliti. Pun begitu, jangan dipaksa melakukan pada jarak yang jauh bagi menghindarkan tekanan pada bahagian lutut yang sakit.
2. Balut lutut
Balut lutut dengan bandage, ia akan dapat mengurangkan rasa sakit pada otot dan tisu sekitar lutut. Anda juga boleh dapatkan pembalut lutut jenis sarung di farmasi. Jenis ini adalah yang lebih mudah dipakai.
3. Tuam ais
Dikatakan juga dengan menuam ais pada sekitar lutut yang sakit dapat meredakan kesakitan yang dirasai.
Selain cara ini, kita juga boleh amalkan petua orang dulu-dulu dengan minum air rebusan daripada 3 ramuan istimewa ini. Nak tahu lanjut jom semak perkongsian daripada puan Akmal Hamid semoga memberi manfaat bersama.
RESEPI VIRAL LUTUT POWER
Dalam tak sedar rupanya ramai sangat antara kita yang ada masalah sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Jom kakmanis nak share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut. Resepi ni memang berkesan tau sebab ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!
Bahan bahan :
2 biji epal hijau potong dadu
4-5 batang serai (kalau buncit guna 3 pun cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah-patahkan
5 gelas air
Cara-cara :
1. Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.
2. Minum ketika suam, 2 kali sehari.
3. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu
Kenapa air ini power?
Epal, serai dan kayu manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab itu ramai yang berkesan bila minum air ni. InsyaAllah.
Kulit epal hijau nak kena buang ke tidak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus sekali dengan kulit. Kulit Epal ada 5 kali ganda antioxidant.
Rugilah kalau buang. Betul tak?
Boleh tak ganti kan Kulit Manis Ceylon STICK dengan POWDER,
Eh, mesti lah boleh. Khasiat yang sama kan.
1 KMC STICK = 2sudu teh KMC POWDER
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ini. Nanti darah jadi terlalu rendah pula.
sumber : Akmal Hamid via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.