Keibubapaan

Anak Suka Berebut Mainan, Ini Tip Buat Mama & Papa Atasi Masalah Ini

Share

Anak suka berebut mainan walaupun ada banyak lagi mainan yang lain untuk dipilih. Situasi sebegini memang biasa dihadapi oleh mama dan papa. Kadang-kadang mainan banyak pun, yang satu itu juga anak berebut. Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak-anak.

Anak Suka Berebut Mainan

Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran ibu ayah. Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh ibu ayah buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.

Kredit foto: Pexels

Angkat tangan berapa ramai daripada anda yang berkata:

“Jangan pukul adik !”
“Berhenti berebut !”
“Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik “
“Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? “

Ini Tip Buat Mama & Papa Atasi Masalah Ini

 

Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu?:

Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.

Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?

Otak anak kecil obses untuk mengawal.

Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?

Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh!  Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.

Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.

 

Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.

Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
PANEL DOKTORBUDAK.COM
THB EDU ASSC
DBL INSTITUTE
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS

Kredit foto (top image): Pexels