Keibubapaan

Anak Sudah Pandai Melawan & Menjawab, Mak Ayah Jangan Mudah Melenting

Share

Mak ayah mana yang tidak mudah melenting dan geram bila anak sudah pandai melawan dan menjawab. Terasa seolah-olah mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapa. Lebih-lebih lagi selama ini kita sendiri pun tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

Anak Sudah Pandai Melawan & Menjawab

Adakah kita patut membalas jeritan anak dengan meninggikan suara? Merotan mereka agar lebih berdisiplin? Diakui memang bukan mudah untuk berkomunikasi bila kita mak ayah berada dalam keadaan marah.

Mak Ayah Jangan Mudah Melenting

Lalu apa yang perlu dilakukan oleh mak ayah bila anak-anak sudah pandai melawan dan menjawab? Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim yang merupakan Coach Keibubapaan Bertauliah.

Mak, Ayah Jangan Mudah Melenting Bila Anak Kuat Menjawab

1.Fasa testing boundaries. Ini fasa di mana anak sedang menilai sejauh mana dia boleh buat pilihan & halatuju sendiri, dia nak asah kemahiran berdikari je.

2.Menjawab juga adalah satu tanda kecewa dan frust dalam kalangan anak-anak. Tiada cara lain untuk meluah melainkan menjawab.

3.Mencari perhatian daripada yang tersayang. Ada anak hanya mahu perhatian, buat baik tiada siapa peduli tapi bila buat jahat 3 hari 3 malam jadi perhatian.

4.Lack impulse control. Dia tak dapat kawal diri daripada menjawab apabila ada perkara yang dia tak setuju dan rasa tidak betul terus melenting.

5.Masih belajar adab dalam berkomunikasi. Tidak setuju tak salah tapi cara untuk bercakap pada orang tua, banyak kita kena tunjuk teladan dan bantu didik.

Apabila suasana menjadi tegang antara mak ayah dan anak, cubalah lakukan perkara ini:

BERI RUANG PADA ANAK

Jika anak meragam dan memberontak, tukar pendekatan dengan memberi peluang anak meluahkan apa yang dirasa. Jadi pendengar yang bagu

BERDIAM DIRI

Tidak perlu respon bila anak mula melawan dan menjawab. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik. Tidak bermakna apabila anda mendiamkan diri, anda membiarkan sahaja perangai anak jadi begitu.

Apabila anak melihat anda begitu tenang, dengan sendiri dia akan berhenti membuat perangai. Bila keadaan kembali ok, berbual dengannya secara santai sambil bertanyakan ketidakpuasan hatinya.

WUJUDKAN BODY CONTACT

Meskipun keadaan sedang ‘panas’  antara  mak ayah dan anak ini tidak bermakna anda tidak boleh lakukan body contact. Peluk anak perlahan-lahan meskipun dia meronta-ronta dalam pelukan anda. Percayalah, lambat laun pasti anak akan memeluk anda kembali kerana sebenarnya dia perlukan sokongan anda meskipun sedang marah.

BERI NASIHAT SELEPAS KEADAAN TENANG

Apabila masing-masing sudah tenang, anda boleh duduk dan berbicara dari hati ke hati dengan anak. Ketika inilah anda dapat mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya bersama dengan tenang.

Kesimpulannya berkomunikasilah secara lembut dengan anak-anak. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka juga punya perasaan. Apabila anda meninggikan suara, secara tidak langsung mereka akan merasa tertekan dan meluahkan rasa itu dengan membentak serta melawan cakap anda.

Jangan bercakap sewaktu hati sedang panas. Apabila emosi kurang stabil, percayalah apa yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut akan terlepas sehingga mengguris hati. Berkomunikasi semula apabila situasi sudah beransur tenang.

Sumber: Mohd Fhais Salim, Coach Keibubapaan Bertauliah

Artikel berkaitan: Anak Suka Melenting, Tak Dengar Cakap Sebenarnya Masalah Emosi. Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

“Nak Marah Buat Apa…”-Rita Rudaini Tak Melenting, Ada Persoal Wajah Anak Copy Paste Aidil Zafuan 

Anak-Anak Melawan & Tak Mahu Dengar Cakap, 5 Punca Kesalahan Mak Ayah Buat Tanpa Sedar!

Ramai Salah Faham Bila Anak Kuat Melawan, Rupanya Kena Ada Sikap Begitu, Ini Sebabnya Kena Tahu!