Anak Semakin Membesar. Peluang Didik Anak Cuma Satu Kali Sahaja. Berikan Terbaik Sebelum Terlambat

Share

Sesungguhnya ibu bapa tak boleh lari dari buat kesilapan apabila mendidik anak. Tambahan pula mendidik anak ini bukan suatu tugas yang mudah. Jika salah didikan akan memberi kesan kepada perkembangan diri dan masa depannya.

Jadi ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang betul supaya anak dapat dibentuk dengan acuan yang baik.

Sebagaimana perkongsian oleh DrShukri Abdullah

yang menyifatkan cara mendidik anak adalah peluang yang datang sekali sahaja dalam seumur hidup kita. Justeru, ibu bapa sepatutnya menghargai waktu ini sebagai detik yang terbaik untuk didik anak-anak.

Yes Sekali Sahaja. SE-KA-LI !

Bimbing Anak cuma sekali.
Apabila anak dah membesar, habis peluang itu.
Sementara kita berpeluang mendidik anak.
Sementara anak bersama kita.
Sementara anak masih dengar cakap kita.
Sementara anak masih tinggal sebumbung dengan kita.
Sementara kita tidak sesibuk mereka yang terlalu sibuk
Sementara Allah beri kesempatan kepada kita …


Maka mari pakat didik anak sebaik yang kita mampu. Kan kita kata nak bagi yang terbaik untuk anak kita. 


Ingat sekadar:
— Kata-kata.
— Niat.
— Azam.
— Resolusi …. semata-mata tidak bermakna.

Do something.
Lakukan sesuatu.
Bawa berbincang suami-isteri / mak-ayah

Sebab …
Anak semakin membesar.
Masalah yang dihadapinya di sekolah semakin mencabar.
Kawan-kawannya semakin banyak.

Lama-lama mereka semakin ada fikiran sendiri.
Mereka ada pandangan sendiri.
Mereka ada pendirian sendiri.
Mereka ada pegangan sendiri ….

Yang mungkin tidak sehala dengan kita.
Yang mungkin jauh berbeza dengan kita.
Yang mungkin bercanggah dengan kita.

Pada ketika itu …
Teguran
Nasihat
Pendapat kita
Sudah tidak didengari lagi.
Sudah lambat.

Justeru sementara ada peluang.
Khususnya ketika anak di sekolah rendah.
Ketika anak masih di pra-sekolah
Ketika anak masih di sekolah rendah
Ketika anak masih awal sekolah menengah