Setiap kali menjelang musim persekolah, pasti ibu bapa sibuk menyiapkan kelengkapan anak-anak terutama pakaian, sebutlah apa sahaja pasti ada di sini dan lengkap dari hujung rambut hingga ke kaki.
Malah bernaung di bawah syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd menjadikan butik yang satu ini terus sukses dalam memberikan pilihan untuk semua peringkat umur dengan rekaan terkini selain tampil dengan lima jenama tersendiri iaitu Jony & Jeny, Cikelon, T.M.U, Queen dan Fitri yang dijual pada harga serendah RM5.
Menurut Puan Hayati Mohamed, Area Manager bagi Pusat Pakaian Hari-Hari Seksyen 7 Shah Alam, di sini menawarkan pilihan untuk semua peringkat usia dari dewasa dan juga kanak-kanak.
One Stop Center Untuk Keperluan Sekolah
Malah, ia boleh dianggap sebagai ‘one stop center’ untuk kelengkapan sekolah, ibu bapa boleh mendapatkan variasi pilihan baju sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama untuk anak-anak di sini.
“Segala kelengkapan persekolahan ditawrakan dengan harga berpatutan iaitu serendah RM150 yang merangkumi persalinan dan kelengkapan lengkap termasuk kasut dan beg sekolah. Kos sebegini dapat meringankan selain menjimatkan bagi golongan sederhana.
“Selain itu, botol air misalnya antara salah satu produk kami yang baru diperkenalkan tahun ini. Paling menarik harga serendah RM5 hingga RM10 diperkenalkan agar tidak membebankan ibu bapa,” katanya lagi.
Keselesaan Dan Tahan Lama
Bukan sahaja tiga produk baru ini bahkan produk kasut berwarna hitam turut menjadi produk utama selain pakaian asas sekolah. Harga yang ditawarkan pula hanyalah sekitar RM15 hingga RM37.90 sahaja.
“ Terdapat pelbagai kelengkapan anak-anak daripada kasut, pakaian, stoking, dan pelbagai lagi. Malah, jenama Jony & Jeny serta No Problem merupakan dua jenama yang menjadi kesukaan setiap kali anak-anak datang bersama ibu bapa untuk membeli di sini. Keselesaan serta tahan lama membuatkan jenama ini menjadi pilihan . Jenis material digunakan adalah kapas, satin dan gabungan satin dan kapas.
“Selain baju sekolah terdapat juga pakaian untuk sekolah agama termasuklah baju melayu, baju kurung. Harga ditawarkan berpatutan. Untuk persiapan memasuki sesi persekolah, ibu bapa sudah membeli sejak bulan disember tahun lepas sehingga sekarang.
“Sambutan memang menggalakkan dan ada juga membuat persiapan saat akhir. Biasanya untuk promosi kami akan letakkan barangan dan kelengkapan sekolah di rak hadapan bagi memudahkan pelanggan.
Harga Ditawarkan Berpatutan
Tidak sekadar menjadi tumpuan untuk persiapan persekolah, Pusat Pakaian Hari-Hari juga cukup dikenali dengan persalinan busana raya. Setiap kali menjelang musim perayaan ini, gedung pakaian ini menjadi pilihan ramai.
Dari orang dewasa sehingga kepada pakaian bagi bayi berusia satu tahun. Paling utama harga yang ditawarkan kepada pelanggan teramatlah berbaloi untuk dimiliki, selain materialnya yang selesa dengan pilihan fabrik yang lembut dan tidak panas.
Penerima Kad KISS
Pusat Pakaian Hari-Hari yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam dibuka pada Ogos 2019 dan memiliki enam pekerja. Dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga 9.30 malam, pelbagai jenis pembayaran diterima bagi memudahkan urusan pelanggan.
“Untuk pelanggan yang menggunakan kad atau baucer dari penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah dan juga pakaian dalam wanita. Ini merupakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor. Selain pembayaran secara tunai, kami juga menawarkan kaedah QRPay, DuitNow, Boost, Touch Ngo dan pelbagai lagi,” ujar Hayati lagi.