“Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya,” komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.
Pernahkah situasi begini berlaku pada ibu-ibu terutama yang bekerja? Situasi macam ini memang tidak mustahil terjadi. Kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap?
Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata. Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Ads
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Ads
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata
“Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ads
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya!
Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Sumber:ohsemama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehadiran cahayamata menjadi penyeri buat pasangan suami isteri. Setiap hari perkembangan anak bagaikan momen yang amat manis.
Bagi pasangan yang pertama kali mempunyai cahayamata, sudah tentu teruja dengan apa jua aksi anak tersayang.
Begitulah detik manis yang dilalui pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, yang bersama anak sulung mereka, Isaac Raees.
Menerusi perkongsian, terbaru di Instagram miliknya, Zahirah meluahkan rasa teruja apabila hari ini anaknya telah berusia tiga bulan. Lebih menarik apabila buat pertama kali anaknya mula ketawa.
Begitulah sikap wanita apabila sudah bergelar ibu.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, peminat Zahirah kelihatan juga teruja melihat perkembangan permata hati selebriti terkenal ini. Antara komen adalah;
“Pejam celik 3 bulan dah. Moga membesar dgn sihat ya isaac.”
“cheeky nya muka dia.. suka smile.”
“Wow.. Dagu dia.”
“Eeeeeeii gerammm cutee laa isaac niii 😍❤ kalau dpt kat aunty ni nak gomol ii je diaaa🤭”
“Awww…comel nyer…senyum tu tak tahan tu…mahallll”
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu. Pada 5 Januari 2021, anak sulung dilahirkan di Perth, Australia.
Siapa yang tak kenal kanak-kanak memiliki raut wajah yang comel. Seorang anak yang cukup manja dan bijak serta abang yang penyayang.
Terbaru perkongsian ibunya menerusi laman instagram Yusuf menunjukkan dia sedang menghafal sifir.
Walaupun baru berusia 5 tahun, namun Yusuf memang terkenal dengan kebijaksanaannya selain matang dari usianya. Yusuf boleh menghafal sifir dua, tiga, lima dan tujuh.
Gayanya yang pantas menghafal memang apabila adiknya datang kacau.
Tetapi dengan nada yang lembut Yusuf meminta Alisa menonton tv.
Ramai juga antara kita suka menanam pokok bunga ros jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Alang-alang sudah suka tu, apa kata ketahui lanjut lagi tentang info penanaman dan penjagaan pokok ros jepun untuk pastikan pokok bunga ini kekal subur dan berbunga sentiasa malah tidaklah pula mati setelah merimbun di dalam pasu.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.
TIPS ROS JEPUN
Bila pokok korang jadi macam tu, korang memang kene tanam balik atau keratkan pokok.
Kali ni dikna kongsi cara tanam semula…
1. Tanah asal tu gembur2 balik..balik2kan tanah … kalau tanah tu keras siram sikit air
ok dah siap gembur.
2. Pokok korang yg nak kene buang tu, kerat dulu siap2 … boleh tanam balik ..bukan pi buang semua kerat dlm 2 ruas kat jari tu ok …
3. Pastu cucuk ja kat tanah … letak sepah2 dalam 1 pasu tu … letak ja banyak2 biar nanti subur cantik.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...