Anak Sekolah Rendah Lemah Matematik, Ikuti Tip Cikgu Ini Dengan Kata Kunci Operasi Asas Matematik. Mesti Tahu!

Share

“Anak saya tahu nak buat operasi asas. Tapi bila soalan berayat, anak saya macam tak tahu nak selesaikan macam mana. Boleh cikgu bantu?”

Menurut perkongsian seorang guru matemati,Mohamad Hakim menerusi facebooknya beliau sering mendapat pertanyaan daripada ibu bapa mengenai permasalah anak mereka yang kurang faham mengenai subjek matematik. Antara permasalah yang sering ditanya adalah berkaitan dengan operasi asas.

Menyedari akan hal in, beliau berkongsi nota kata kunci yang wajib anak-anak hafal dan faham supaya mudah untuk membuat latihan subjek matematik.

Ikuti ilmu manfaat ini agar anak-anak mudah dan celik matematik.

Saya sering terima permasalahan di atas dan bagi saya perkara ini biasa.
Murid ni mereka tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan empat operasi asas yang ada.

Bila masa nak tambah?
Eh, ni darab ke bahagi?
Bukan ke soalan ni perlu ditolak?

Bila adanya permasalahan macam ni, sebab tu murid perlu cari keyword ataupun kata kunci yang ada pada soalan yang berayat.
Jumlah, biasanya akan melibatkan operasi tambah, kadang-kadang darab. Ia bergantung pada bentuk ayat tersebut.

Dan sebab ini jugalah saya wujudkan nota kata kunci dan minta murid saya hafal. Ia sedikit sebanyak mendatangkan idea dan membantu mereka untuk selesaikan soalan yang ayatnya panjang.

ADA JUGA SOALAN PERANGKAP
Namun, jangan terlalu bergantung kepada kata kunci ini kerana wujud juga soalan perangkap yang dia akan twist soalan. Nampak macam tambah, tapi rupanya tolak. Ada soalan begini, tapi tak banyak.

Jadi langkah pertama, hafal kata kunci yang ada. Gariskan setiap kali terjumpa kata kunci pada soalan tersebut. Baca dua ke tiga kali soalan untuk fahamkan betul-betul operasi apa yang sesuai untuk soalan berkenaan.

InsyaAllah, bila dah banyak kali jumpa dan buat soalan berayat ini, murid akan terbiasa. Celah gigi mereka sahaja untuk selesaikan soalan bentuk begini lepas ni.
Nah, saya kongsikan sekali lagi nota kata kunci saya ini. Print dan tampalkan di tempat yang senang untuk anak kalian nampak.
Moga membantu.

Sumber: Mohamad Hakim