Dalam Negara

“Anak Saya Trauma & Dipinggirkan Kawan” Bapa Luah Rasa Syukur Anak Menang Saman Dipukul Guru!

Share

Penantian lebih lima tahun berbaloi apabila seorang remaja berusia 13 tahun menang saman selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas gurunya supaya membayar ganti rugi berjumlah RM90,000.

Menurut laporan Kosmo Online, bapa kepada remaja berkenaan, Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41 meluahkan rasa syukur kerana penantian mereka selama ini berbaloi.

“Allah mendengar doa kami dan penantian selama lima tahun ini berbaloi,”katanya.

Mohd. Amirul Azdi meluahkan rasa syukur dengan kemenangan berpihak pada keluarganya sejak 2019 berhubung kes anak lelakinya dipukul seorang bekas guru sebuah sekolah kebangsaan dengan penyapu.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan guru sekolah berkenaan memukul remaja tersebut yang ketika itu berusia lapan tahun sehingga menerima lima jahitan di kepala pada tahun 2019.

Menurutnya, dia sekeluarga menempuh pelbagai dugaan sejak insiden menimpa anaknya yang kini berusia 13 tahun.

“Selepas kejadian itu, anak saya yang ketika itu hanya berusia lapan tahun mengalami trauma dan dipinggirkan rakan-rakan sekolahnya selama dua tahun.

“Kami cuma mahu menuntut keadilan dan ia akhirnya berbalas dengan keputusan mahkamah sebentar tadi,” katanya sebak dan memaklumkan anaknya kini sedang bersekolah di Johor.

Terdahulu pada 17 Oktober 2022, plaintif menyatakan ketika mahu kembali ke tempat duduknya di dalam kelas, secara tiba-tiba guru berkenaan memukul kepalanya dengan penyapu pada pukul 3 petang, 18 Oktober 2019.

Plaintif mendakwa dia mengalami kecederaan dan pendarahan yang banyak menyebabkan defendan menarik mangsa ke meja guru dan menekan kepalanya dengan tisu basah bagi menghentikan pendarahan. Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum ibu bapanya dihubungi bagi memaklumkan kejadian itu.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Kredit: Kosmo Online