“Anak Saya Pergi Sekolah Sama Dengan Anak-Anak Awak. .Kalau Awak Antivaccine Sampai Memudaratkan Orang Lain. Saya Kisah!- Dr Halina

Share

Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan vaksin untuk kanak-kanak kembali tular.  Malah, satu pendebatan mengenai isu vaksin tersebut berlangsung di salutran TV Al Hijrah. Perdebatan tersebut mendapat perhatian daripada netizen.

Ramai yang bersetuju dengan hujah yang disampaikan Datuk Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik.

Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan orang ramai tentang hal ini. Antara nya termasuklah Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Menerusi laman instagramnya, Dr Halina berkongsi mengenai topik yang kini hangat diperkatakan.

Menurutnya, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu cara adalah dengan memberikan vaksin untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit.

Namun, dengan adanya golongan yang menolak vaksin, anak-anak turut terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.

“Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sebab anak-anak saya pergi sekolah sama dengan anak-anak awak semua. Sebab anak-anak  kita semua berkawan, mungkin bukan sekarang… tapi suatu hari nanti  inshaAllah.

“Jadi, fikir-fikirkan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat dan sayang jiran tetangga… jangan pentingkan diri sendiri…

Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tapi kalau awak antivaccine sampai memudaratkan orang lain.. saya kesah!,” tulis Dr Halina lagi.

Pandangan daripada isteri Angkasawan Negara ini juga dipersetujui oleh para netizen. tambahan pula kini terdapat pelbagai penyakit yang melibatkan kematian kanak-kanak disebabkan sikap degil dan pentingkan diri ibu bapa.

byezurabadri Very true Dr @drhalina ! ❤️❤️❤️ Semoga tindakan undang2 boleh dikenakan pada golongan anti-vax ni kerana sengaja membiarkan penyakit berbahaya semakin tersebar berleluasa. Dah la di Malaysia ramai warga asing. ? Mereka obviously selfish, menafikan hak kesihatan anak2 sendiri dan membahayakan nyawa orang lain. Sebelum register masuk sekolah atau taska, please include immunization report. Unvaccinated kids, cannot enter school / preschool.

nikhazwani Agree @drhalina! Kita kesah sb kita ada anak2 vaccinated..Sy sgt x setuju bila dia bangkitkan isu side effects lps vaccination sampai ada yg mati la apa la..apo?? Paling koman lps vaksin anak demam 2 hari je lah..tu pn sb terkejut kena jarum agaknya 

deela_taufik I really agree with u Dr. Bumi flat i boleh gelakkan saje. Tp if u antivax, sorry, i really care! It’s not ur own business?

ritrockshahril Btl tu @drhalina…bila tnya soalan xbole nk jwb…xtw psl di luar negara…hbs xkn xupdates cases of vaksin failure fr the whole world…xkn coverage area meliputi msia ja…kalo mcm ni punya org la GAVak punya penasihat, baikkk la diam pg catch up immunization…facts not correct…cases not clear…seriussss la??

Sumber: ig drhalina