Setiap rezeki, setiap anugerah dalam hidup adalah atas ehsan Allah SWT. Itulah yang penyanyi popular, Datin Alyah pegang dalam setiap langkahnya. Tanpa perancangan, tanpa jangkaan, tetapi penuh dengan doa agar Allah berikan yang terbaik untuknya.
Dalam perkongsian ini, Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, menjelaskan bagaimana Zara hadir dalam hidupnya bukan dari rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi darah daging sendiri, anak saudara yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka.
Namun, membesarkan anak angkat bukan sekadar memenuhi kehendak hati. Ia adalah amanah besar, tanggungjawab yang perlu disertai dengan restu dan petunjuk daripada Allah.
Baca perkongsian penuh Datin Alyah tentang perjalanan indahnya bersama Zara, termasuk soal ibu susuan dan ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga dapat memberi manfaat buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk menerima amanah seumpama ini.
Apa yg ada pada saya semuanya atas ehsan Allah swt Alhamdulillah.Tak Terfikir pon,Merancang jauh skali.Apa yg saya selalu pinta dlm doa yg terbaik dari Allah swt buat saya.sbb saya adalah hamba yg lemah lagi lugu dalam melihat masa depan saya sendiri
Kami tak ambik Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.Jadi minta Maaf banyak mana yang Dm atau txt saya tanya kat mana saya dapat Zara dan mcm mana nak ambik anak angkat yang comel-comel
Nasihat saya tentang yg nak ambik anak angkat ni.klu bole Jgn ikut apa orang kata atau apa rasa hati yg kita nak.Sbb yg kita nak jaga ni ialah jiwa Dan nyawa,Besar tanggungjwb ni dan tak mudah.
Jadi sebelum apa apa keputusan nak dibuat mohonlah pada yg maha kuasa juga pengendali sekelian Alam ini.Dan dgn sesungguhnya dia maha mengetahui dan perancang terhebat
Zara dgn saya bukan orang lain dia adalah anak sedara saya sendiri.
Sepekara lagi kami dah susukan zara.Jadi antara zara dan tokram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Harap sgt lepas apa yg saya text ni dapatlah memberi jawpan kepada pihak2 yang sering Dm atau txt saya berkenaan hal ibu susu juga ya.
Terima kasih atas keperihatinan(betui kan ayat ni?)semua. Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian.
Sumber: alyah81