Bila anak sakit tekak, selalu mak, ayah akan beri anak makan aiskrim vanilla. Ramai yang mempraktikkan cara ini dengan harapan sakit tekak yang dialami anak akan segera sembuh.
Bagaimanapun ramai mama dan papa yang tidak tahu bahawa bukan semua aiskrim sesuai diberikan pada anak. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Jadi pastikan kita pilih aiskrim yang betul untuk diberi. Info ini dikongsi oleh pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan.
Anak Sakit Tekak Elak Beri Makan Aiskrim Vanilla
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim inilah sebenarnya mungkin membuatkan radang tekak tidak sembuh-sembuh.
Aiskrim vanilla buat radang ditekak tidak reda.
Ads
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Ini Sebab Mak Ayah Kena Tahu
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuannya. Gula bahan yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ini, biasanya disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Ads
Walau yang buat sendiri di rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh memekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Kisar sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan. Kita cuba sama-sama ya.
Ads
Boleh cuba aiskrim dari buah betik. Kisar betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, InsyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang sahaja.
Ini pula aiskrim vanilla. Walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang juga. Elakkan waktu anak tak sihat. Boleh makan waktu biasa.
Biji goji merupakan herba tradisonal yang banyak dijual dalam bentuk kering. Warnanya merah dan bersaiz kecil namun punya khasiat yang hebat. Bahkan dikatankan biji goji ini telah lama diamalkan di negara China, kira-kira 5000 tahun yang lampau. Oleh itu rugi kiranya jika tidak diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan kita.
Keberkesanan mengamalkan herba goji ini turut dikongsikan oleh Afiqah Koh dan Zarina Arshad untuk info bersama. Jom semak.
Nak mata terang. Kulit cantik dan sihat tubuh badan. Minum air rebusan..
Bahan-bahan: Kurma cina (3 biji)
Longan kering (5 biji)
Biji goji (7 biji)
Cara penyediaan:
Sukatan air 2 cawan air direbus sehingga tinggal 1 cawan.
Minum bila suam dan makan sekali dengan bahan rebusan tadi.
sumber : Zarina Arshad via Mahn
Manakala menurut Afiqah, perkongsian pengalaman ayahnya yang telah mengamalkan biji goji dikatakan sebagai penyembuh no.1 untuk sakit lutut.
Cara penyediaan:
Amalkan 7 biji sehari beserta madu dan air zam zam InsyaAllah pulih tanpa apa-apa ubat or suntikan. Sebab khasiat dia untuk orang tua tua, untuk ganti balik banyak zat dan vitamin yang hilang dari badan.
Ayah Iqa amalkan… Sebelum ini selalu kalau bawak kereta mesti pegang lutut, gosok – gosok lutut, sekarang sudah pulih dari sakit lutut.
P/s Baik untuk mata juga So sapa-sapa yang rabun kuat tu bolela try.
Sumber : Afiqah Koh Via Mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Pelbagai cara dan kaedah dicuba bagi memastikan anak-anak mudah belajar, termasuklah menitik beratkan soal pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Perkongsian menarik ini diperoleh dari facebook Roszita Fathrul Jaman. Menurut Roszita yang mesra disapa MamiTa, petua ini dikongsikan oleh cikgu tuisyen anaknya yang berbangsa Cina.
Petua ini dikatakan baik untuk kesihatan anak-anak terutama dalam memastikan mereka lebih peka, terang mata dan kesihatan yang lebih baik terutama untuk peperiksaan. Jom ibu-ibu kita cuba petua ini untuk anak-anak nanti.
Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam.. Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam.. Hanya 2 jenis bahan sahaja.. No GULA!!
Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam.. Orang2 cina surely tahu kan?? Sebabnya minuman nie amalan orang2 Cina.. Banyak kelebihannya..
MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM… Mana yang baik kite cuba demi anak2.. Tak salah mencuba perlara yang baik2.. Tak kesahlah amalan mana2.. Asalkan bukan yang jahat2…
Cara masak sangat2 senang.. Campurkan 2 bahan nie.. Masak guna slow cooker lagi bagus.. Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati.. Biarkan masak beberapa jam.. Kalau takde slow cooker bole saja pakai periuk.. Masak api perlahan selama beberapa jam… Lagi lama lagi bagus…
Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina.. Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq…
Sengkenit ialah serangga kecil yang biasanya melekat pada tubuh dengan mudah dan ia sangat menyakitkan. Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?
Jika ya, pastikan anda memeriksa bahagian anggota badan yang anda dan anak anda rasa kurang selesa. Anda perlu fahami fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.
“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”
“Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.”
Kutu babi di cuping telinga.
Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit (cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.
Parasit ini biasanya hidup pada tubuh haiwan liar dan peliharaan seperti burung, kucing, anjing, tikus, dan kemudiannya berpindah kepada manusia. Mungkin juga dari persekitaran.
Kutu babi di kelopak mata.
Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.
Kutu babi lazimnya menggigit manusia di anggota berikut:
◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat
Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.
Kutu babi di kulit kepala.
Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.
Jika tidak dibuang dengan segera, beberapa komplikasi serius boleh berlaku kerana air liur kutu ini kadang kala mengandungi kuman-kuman berbahaya.
Perbezaan saiz sebelum dan selepas menghisap darah.
Kutu babi di dalam telinga. Bintik hitam adalah najis. Sumber: Klinik Aafiyah Batu Berendam
Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan. Berjumpalah dengan doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.