
Dugaan buat pelakon Amyra Rosli dan suaminya pelakon Amar Baharin, apabila anak keduanya, Ayra Aryssa disahkan mengalami jangkitan penyakit Kawasaki.
Trending: Bermula 9 April Boleh Buat Semakan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Amyra berkongsi video foto keadaan Aryssa yang kini berusia dua tahun ketika dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Meluahkan rasa risau melihatkan keadaan anaknya. Pada masa yang sama mengingatkan dirinya perlu kuat untuk menghadapi situasi itu demi anak tersayang.
“A day before admitted, aryssa okay sgt2.. pegi haircut, main merry go round, balik rumah bergelak ketawa dgn abg.. esok bgn terus sakit?? And sampai la hari ni temperature masih 40 n badan penuh rashes.. x pernah2 mommy tgk adik weak sampai x boleh bercakap berhari2 mcm ni.. mommy takut, risau, penat, down, sedih, tp utk adik mommy kena kuat and adik my strong girl, u can fight this k!!”
Menerusi hantaran berbeza dalam instaStory miliknya pelakon itu mengesahkan anaknya dijangkiti penyakit Kawasaki.
Dalam pada itu, warganet termasuk rakan artis mendoakan anaknya kembali sembuh.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Rezeki Terpijak Beli Cincin Di ‘Car Boot Sale’ RM48, Jual Semula Pada Harga RM3.75 Juta!

Ini namanya rezeki terpijak buat seorang wanita apabila cincin miliknya yang dibeli pada harga murah lebih kurang 37 tahun lalu, kini bernilai RM3.75 juta!
Cincin berkenaan dibeli di jualan garage atau car boot sale pada tahun 1980 pada harga 10 euro (RM48) telah mengubah nasibnya.
Pada awal 2017, wanita berkenaan tergerak hati untuk mengetahui nilai cincin berlian yang sentiasa dipakainya mengikut pasaran semasa. Dia merasakan cincin yang dipakainya itu unik dan mungkin bernilai tinggi.
Terkejut bernilai tinggi
Siapa sangka, naluri untuk memeriksa nilai cincin itu memberikan rezeki terpijak buatnya. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui nilai sebenar berlian itu setelah 37 tahun memakainya.
Cincin itu telah disahkan pakar adalah tulen yang merupakan berlian 26.27 karat atau di dikenali juga ‘The Tenner Diamond’. Ia dikatakan telah dbuat pada abad ke 19.
Nekad jual
Jauh di sudut hatinya meluahkan rasa gembira dan terkejut. Akhirnya membuat keputusan nekad untuk menjualnya. Melalui proses bidaan yang sengit di London akhirnya cincin itu terjual pada harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang RM3, 750,795. Dalam pada itu, seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dahulunya pernah dimiliki oleh keluarga di raja.
Sumber: On Demand News
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Sihat Bukan Hanya Jaga Pemakanan & Bersenam Tapi Udara Di Rumah Pun Kena Bersih

‘Duduk Di Rumah’ atau “Stay At Home” menjadi norma baharu rakyat Malaysia sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada Mac lalu. Sememangnya di akui antara cara terbaik untuk mencegah penyebaran virus corona adalah duduk di rumah. Semua aktiviti dilakukan di rumah termasuk pembelajaran secara dalam talian hinggalah bekerja dan berolahraga.
Bila kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah bermakna penting untuk memastikan udara bersih dan sentiasa segar. Ini kerana keadaan rumah yang tertutup membuatkan pengudaraan menjadi tidak bersih dan berisiko dijangkiti banyak penyakit lain pula.
Membersihkan rumah setiap hari adalah salah satu cara untuk kita melindungi keluarga dan tinggal dalam suasana yang sihat. Namun pasti ada ibu-ibu yang merungut walaupun setiap hari bersihkan rumah tetapi habuk tetap ada. Bau kurang menyenangkan masih tak dapat nak dihilangkan. Masalah ini nampak kecil tetapi sebenarnya kalau tidak diatasi boleh memberikan kesan kepada ahli keluarga terutama anak-anak kecil.
Kebarangkalian ahli keluarga terutama si kecil terdedah kepada masalah asma, batuk atau selesema agak tinggi bila berada pada udara yang tidak bersih di dalam rumah. Jadi apa patut kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Tahukah anda dengan perkembangan teknologi masa kini, anda boleh menyediakan persekitaran udara yang bersih di dalam rumah? Penapis udara adalah salah satu produk hasil teknologi yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ia bukan sahaja mampu menyerap bau busuk , menapis habuk dan debu, menyerap asap rokok, jerebu dan sebagainya tetapi Penapis Udara LG PuriCare™ 360° merupakan salah satu penapis udara terbaik yang disarankan untuk kegunaan keluarga. Fungsinya sangat mengagumkan. Percayalah sesiapa sahaja yang menggunakannya akan mendapat satu pengalaman baharu dan dapat menghirup udara yang lebih sihat bukan sahaja untuk diri sendiri malah seisi rumah.
Penapis Udara LG PuriCare™ 360°
Sesuai dengan namanya LG PuriCare™ 360° maka fungsinya juga mampu membersihkan udara secara 360 darjah. Tampil dalam bentuk silinder, ia dapat memaksimakan penapisan udara sekeliling dan menyedut udara itu di mana juga ia diletakkan. Ia mempunyai ciri Clean Booster iaitu kipas yang berpusing dari kiri kanan. Membolehkan udara bersih dapat disaring atau sampai ke hampir seluruh kawasan bilik. Kipas tersebut juga mampu untuk menyaring udara sejauh 7.5 meter. Bayangkanlah ya! Kebolehannya menapis udara di setiap arah pasti anda dapat mengagak berapa banyak habuk serta debu yang akan disedut.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://cdn.keluarga.my/2020/12/whatsapp-video-2020-11-25-at-10.53.40-am-06_34_177831.mp46 tahap penapisan untuk perlindungan sempurna
Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana udara ditapis? Udara masuk melalui sistem penyaringan 360º yang bermula dari habuk-habuk, debu halus sehinggalah kepada bau-bauan termasuklah bau bahan kimia organik. Dalam erti kata lain, dengan memiliki penapis udara LG, anda boleh terus ucapkan selamat tinggal kepada udara berbahaya di rumah anda!
Aplikasi Pintar
Dilengkapi dengan LED indicator, penapis udara ini membolehkan kita mengetahui tahap udara berdasarkan warna yang terpapar pada skrin penapis. Bagaimana warna LED menentukan tahap udara yang ada di rumah kita? Dengan teknologi sensor PM 1.0 (1 micron meter), ia mampu menyedut habuk-habuk kotoran dan bakteria yang sangat halus dan dapat memberikan indikator tahap udara di rumah kita yang perlu ditapis dan dibersihkan. Canggih kan? Ianya memudahkan tugas dan sesuai dengan teknologi semuanya di hujung jari, penapis udara LG ini juga dilengkapi dengan akses kawalan mudah iaitu LG ThinQ™ iaitu mampu menghubungkan pembersih udara ke telefon pintar anda dengan aplikasi LG ThinQ™. Anda kini dapat mengawal fungsi alat pembersih udara di mana sahaja dengan hanya satu klik pada telefon anda.
Membersih kawasan pergerakan anak kecil
Tidak perlu gusar jika mempunyai anak kecil. Tetapan Baby Care yang unik membolehkan penulenan udara dilakukan sehingga ke bahagian lantai paling bawah. Ini sekali gus memberi pengalaman udara sihat dan berkualiti buat bayi, khususnya ketika mereka sedang aktif merangkak dan bermain di lantai.
Mod tunggal LG PuriCare™ memfokuskan pembersihan udara ke permukaan lantai, di mana bahan cemar mudah terkumpul. Ini semestinya berita gembira buat ibu-ibu kerana tiada yang lebih penting selain memberikan yang terbaik untuk anak-anak bukan?
Jika anda masih lagi memikirkan tentang kepentingan penapis udara untuk kediaman anda? Jawapannya memang penting dan berbaloi untuk dimiliki. Kesihatan diri dan keluarga tersayang sangat penting dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Pelaburan untuk kesihatan keluarga itu adalah sesuatu yang sangat berbaloi.
Untuk keterangan lanjut boleh ke http://bit.do/lg_airpurifier
“Suami Romantik Tak Semestinya Yang Belikan Hadiah Mahal.” Yatt Hamzah Kongsi Tip Bahagiakan Isteri

Tak susah pun nak bahagiakan isteri, bukan semata-mata kena ada wang ringgit. Perhatian dan kasih sayang itu yang paling utama para suami kena praktikkan. Penat lelah isteri menjaga anak dan menguruskan rumah tangga itu sendiri sudah tidak ternilai.
Kalau sebut bab romantik, memang tak dinafikan ada sesetengah suami yang tidak romantik atau malu untuk melakukan perkara sedemikian.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Yatt Hamzah berkongsi beberapa tips untuk para suami menggembirakan hati isteri dengan perbuatan yang romantik tanpa berlandaskan wang atau hadiah yang mahal semata-mata:
Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni..
.
Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat?), buat romantic dinner atau suprise utk kita.
ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2. NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK. Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.❤️
.
11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ;
1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI
Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin.
2. RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI
Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤️ U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul..☺️
3. PANGGILAN MANJA
Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an). ?
4. RAJIN2 BANTU ISTERI
Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.
5. SUAP ISTERI
Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. ?
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Sumber: IG yatthamzah_suci