Anak Rindukan Pelukkan Ibu Bapa, Punca Anak Marah Tanpa Sebab

Share

Anak adalah permata hati buat ibu bapa. Namun kesibukan kerja, kadang membuatkan ada yang alpa bahawa anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sesungguhnya pelukan daripada ibu bapa akan membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.

Ikuti perkongsian daripada Taufiq Razif mengenai kenapa anak perlukan pelukkan daripada ibu bapa.

__________________________________________________________

Bila saya sibuk je Maryam Soolihah dan Solahuddin mesti buat perangai.

” Ahhh! Abi sibuk sebab nak nafkahkan korang. Bukan saja saja buat sibuk! “

Ni la dialog dalaman saya bila saya cuba nafi dan pujuk diri sendiri bila tengah kesibukan melampau padahal nak taknak saya kena terima bahawa ada fitrah anak anak yang perlu saya jaga.

Kadang kadang anak saya yang tengah asyik berlari berkejaran tiba tiba je datang ke tepi saya seperti nak minta sesuatu tapi disebabkan ‘bajet sibuk’ saya buat buat tak faham dan teruskan dengan kerja dan kesibukan saya.

Padahal tu la waktu “cuddle time” anak saya! Masa tu akaun emosi anak saya tengah kering. Mereka sebenarnya berhenti bermain sejenak tu bermaksud…

” Ayah..peluklah saya ayah “
” Mak.. Ciumlah saya emak “
” Mama.. Saya rasa tak sedap hati ni. Peluk la saya sekejap mama “
” Papa.. Topup la akaun emosi saya ni Papa.. Peluklah saya Papa..”

Tapi apa respon kita selama ni?

 Kita teruskan bermain dengan smartphone kita
Kita buat tak tahu dengan rayuan anak kita
Kita bertegas dengan kesibukan kita
Kita larut dengan pencarian nafkah kita

Maka lahirlah anak anak yang kosong emosinya, kurang empatinya, pemarah dan suka melawan.

Tolong..Selamatkan anak kita. PELUKLAH MEREKA SEKERAPNYA.

p/s : Tolong bagitahu info ni pada pasangan masing masing ye. Kalau seorang je yang tahu, tak menjadi juga

p/s : Tolong sangat ajak pasangan join Telegram saya untuk belajar ilmu mendidik anak. Nak jaga anak ni suami dan isteri kena terlibat sekali. Tak boleh salah seorang je. Klik link ni untuk join telegram channel saya tu ?
t.me/NotaTaufiqRazif