Sekiranya anak perempuan kita yang sedang meningkat remaja sering mengadu setiap kali  datang haid terpaksa menanggung sakitnya senggugut, apa yang perlu kita buat?  Adakah senggugut itu perkara normal dan tidak perlu diambil serius untuk merawatnya?

Mengetahui lanjut hal senggugut ini ikuti perkongsian daripada Dr. Hamid Arshat.


Perlukah kita berbuat sesuatu bila anak remaja mengalami senggugut diperingkat umur remaja. Senggugut dikalangan remaja boleh disebabkan oleh 2 perkara.

  1. Penyakit Endometriosis
  2. Senggugut disebabkan kuncupan yang amat sangat pada rahim ketika berlakunya haid. (jenis ini akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa tahun, selepas mendirikan rumah tangga atau selepas hamil.

Jenis penyakit  yang sering didapati dikalangan wanita di mana tanda utamanya adalah senggugut, adalah penyakit Endometriosis. Dan sering juga dikaitkan dengan kedudukan rahim yang tidak normal. Biasa yang normal mengadap ke depan perut tapi ini ke belakang.

Langkah terbaik ibu lakukan

  1. Jumpa doktor pakar wanita untuk scan perutnya.
  2. Makan makanan yang sihat.
  3. Tenangkan fikiran.

Rahim ke belakang perlukan dibetulkan?

Boleh dirawat masalah ini dengan cara membuat pembedahan untuk betulkan rahim. Dan selepas itu tiada lagi masalah senggugut, tiada lagi masalah-masalah kesuburan atau sebagainya.

Ads

Perlukah dirawat senggugut dikalangan anak2 remaja? Sila ikuti perbincangan saya tentang hal ini.

Posted by Dr Hamid Arshat on Tuesday, 4 September 2018

Penyakit senggugut ini kadang kala ada kaitan dengan penyakit iaitu Endometriosis. Dan sering kali senggugut ini bermula ketika wanita itu masih berumur muda lagi iaitu ketika bermulanya haid.

Bila haid bermula, biasanya rahim akan menguncup dan mengeluarkan campuran darah dan tisu pada dinding rahim yang dipanggil entdrometrio serta juga kuman-kuman dan juga toksin yang bercampur menjadikan ia darah kotor atau darah haid.

Biasanya senggugut dikalangan remaja ini tidak menimbulkan masalah. Oleh sebab, punca kesakitan adalah punca pada rahim tadi.  Tetapi ada di kalangan mereka ini yang akan ditimpa penyakit khususnya kalau rahim terbelakang, ada kemungkinan besar darah kotor tidak keluar semua dan tertumpah ke belakang. Tidak semua pula orang rahim kebelakang bermasalah malah 70% daripada mereka tidak mengalami masalah segi kehamilan dan kesuburan, cuma sebilangan kecil sahaja.

Bila pintu rahim terlalu sempit sangat. Pintu rahim tidak megembang ketika haid, biasanya pintu rahim akan membuka laluan untuk darah haid keluar jadi tidak akan berlaku tumpahan darah haid ke belakang.  Ada setengah wanita ketika kelahiran, pintu rahimnya sempit maka boleh jadi juga tumpah darah haid ke belakang rahim tidak menimbulkan masalah kepada semua wanita namun ada sebilangan kecil sahaja dan jika dilihat puncanya adalah kerana imuniti menurut.

Ads

Biasanya dalam keadaan biasa darah akan dibersihkan oleh sistem imuniti dalam badan kita atau sistem kekebalan yang mana ada sel-sel ‘penyapu’ yang akan membersihkan darah kotor daripada persekitaran belakang rahim dan persekitaran overi.

Bila imuniti menurun jadi fungsi untuk pembersihan ini tidak dapat dilakukan. Jadi akhirnya tisu-tisu endometrium yang terkandung dalam darah haid tadi  akan tumbuh di kawasan belakang rahim, iaitu ruang antara rahim dengan usus dan persekitaran overi dan menimbulkan radangan dan kesan radangan ini merosotkan saluran, pembengkakkannya dan akhirnya tumbuh pula cycs di dalamnya kerana bila tisu endometrium ini masuk ke dalam ovari, setiap bulan berdarah-berdarah dan berkumpul akan menjadi endometriosis.

KENALI PUNCA IMUNITI MENURUN

  1. Stress yang boleh menyebabkan ketumbuhan tisu kotor di belakang rahim. Stress memang semua alami stress, sama ada boleh tangani atau mengadakan cara mengurangkan stress tersebut.

2. Pemakanan yang tidak seimbang. Malah makanan tersebut ada yang toksid.

Ads

3. Tidak mengawal berat badan, kegemukkan itu sendiri melemahkan imuniti. Timbunan lemak dan timbunan gula menurunkan imuniti seseorang.

4. Kekurangan tidur, tak cukup rehat juga menurunkan imuniti.

5. Ada tumpahan darah kotor yang berkumpul dibelakang rahim.

EKSTRA TIP

Kalau nak jauhkan daripada penyakit jadi perlu tekadkan untuk meningkatkan imuniti. Oleh itu juga perlu amal makanan dengan ambil supliment yang multivitamin seperti B complek, Vitaman C, Vitamin E, Vitamin D dan seterusnya. Vitamin-vitamin ini selalu terkandung banyak terkandung makan buah-buahan dan sayuran. Sangat penting bagi remaja dan kanak-kanak untuk memakan cukup buah-buahn dan sayur-sayuran untuk meningkatkan imuniti mereka.

DARI SENGGUGUT AKHIRNYA JADI PENYAKIT ENDOMETRIOSIS YANG BANYAK MENIMBULKAN KEROSAKKAN DALAM ORGAN PERANAKKAN

Posted by Dr Hamid Arshat on Sunday, 19 August 2018

Sumber : Dr Hamid Arshat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI