Anak Remaja Alami Senggugut Teruk, Ibu Sila Pulihkan Dengan Rawatan Ini, Herba Antara Paling Mujarab!

Share

Semua wanita pastinya telah sedia maklum dengan masalah senggugut yang kerap menyerang mereka setiap bulan.

Bagi wanita dan ibu mungkin sudah terbiasa dengan keadaan ini namun jika anak remaja yang mula mengalaminya pasti mereka tidak dapat menahan diri daripada rasa kasihan.

Sebagai ibu pastinya kita turut rasa runsing memikirkan kesakitan yang ditanggung anak remaja kita. Sebenarnya herba merupakan antara rawatan mujarab yang ibu boleh usahakan untuk merawat anak gadis yang senggugut.

Pilih Herba
Senggugut berlaku disebabkan terjadinya pengecutan di dinding rahim. Selain ubat penahan sakit khusus untuknya, herba juga dikatakan mujarab mengubati senggugut. Tumbuh-tumbuhan dan herba sememangnya baik untuk kesihatan dalaman kita. Bagi wanita, herba punya banyak kelebihan dalam kesihatan dan penjagaan diri.

Teh Pahit


Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Petola
Buah petola yang biasanya ditanam dikampung-kampung juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu makan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Kunyit
Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Kucai
Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu. Caranya, jus kucai ini diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selamat mencuba!