Anak Rasa Ralat Duit Simpanan Habis & Terpaksa Berhutang, Ibu Ayah Nak ‘Renovate’ Rumah
Siapa yang tidak gembira apabila memiliki sebuah kediaman yang selesa dan besar untuk didiami bersama keluarga.
Malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk renovate rumah untuk menjadikan kediaman lebih selesa.
Namun tidak semua mampu untuk mengeluarkan berpuluh ribu ringgit untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi yang baru berkerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa Sunyi, Rupanya Ini Antara Sebab Orang Kaya Nak Jual Rumah, Pilih Hidup Sederhana
POPULAR: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
IBU BAPA GUNA DUIT SIMPANAN ANAK BUAT RENOVATE RUMAH
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh pakar kewangan ini sungguh meruntun jiwa apabila seorang anak terpaksa berhutang dan menghabiskan simpanannya untuk memenuhi kehendak kedua orang tuanya.
Benar jika berbakti kepada ibu bapa itu rezeki akan melimpah ruah, namun jika ia menyusahkan kehidupan anak ini akibat terpaksa berhutang ia akan memberi beban kepada kehidupannya untuk jangka masa panjang.
Menurut luahan yang dikongsikan itu (dirahsikan identiti), dia berasa ralat apabila semua simpanannya habid digunakan untuk mengubahsuai kediaman kedua ibu bapanya. Tiada lagi dana kecemasan yang dikumpul selama 6 bulan.
Bukan tidak mahu membantu tetapi memikirkan kadar faedah yang dikenakan terlalu tinggi, anak ini bimbang akan menjejaskan perancangan kewangannya.
CABARAN GENERASI SEKARANG, IBU BAPA TAK FAHAM KEPENTINGAN DANA KECEMASAN
Rentetan daripada itu, pakar kewangan Azizul Azli Ahmad mengulas bahawa ibu bapa perlu ada kesedaran akan kepentiangannya dana kecemasan.
Lantaran itu, Azizul menasihati supaya ibu bapa cakna dengan kewangan anak. Jangan memaksa sehingga terpaksa berhutang pada usia yang muda.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
1. Cabaran generasi hari ini makin besar, bila dah bagus ada kesedaran menabung dan menyimpan Dana Kecemasan. Ada yang meminta.
2. Mereka masih dikelilingi oleh golongan yang merasakan ‘menyimpan itu bukanlah penting’, ‘anak mesti ikut apa sahaja kehendak ibubapa’, ‘tak dengar cakap itu menempah neraka’.
3. generasi ini tidak ada sokongan moral dan sistem sokongan yang kuat dari persekitaran mereka. Mereka dah bijak kewangan, persekitaran mereka akan mula perli, sindir dan anggap mereka kedekut.
4. Mereka boleh sahaja buat buat ‘keras’ tak dengar pandangn orang lain, tetapi nanti mereka akan di cop sebagai menempah masuk ‘melaka’.
5. Mereka tersepit dan kasihanilah mereka.
6. Jadilah orang yang tegas dan elakkan rosakkan diri dengan buat hutang untuk orang lain akhirnya. walaupun keluarga sendiri, bila tukang bayar hanya kita sendiri.
7. Boleh membantu, tetapi janganlah sampai membina hutang. Bantu itu ada asas dan batasnya. Jangan sampai merosakkan diri
Kawan kawan,
Kita semua akan jadi ibubapa akan datang.
Jadilah ibubapa yang bijak kewangan dan sokong usaha anak anak untuk menyimpan dan ada pelaburan masa depan.
Moga kisah ini menjadi iktibar untuk kita sebagai ibu ayah cakna dengan kewangan anak-anak.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club