Pastinya ramai antara ibu ayah telah merancang untuk bercuti bersama keluarga setelah pihak kerajaan membenarkan rentas negeri. Biarpun perasaan teruja dan gembira terasa dihati untuk bercuti, tetapi ada satu perkara ini perlu dihadap terlebih dahulu iaitu proses mengemas pakaian dan kelengkapan lainnya dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa. Kerja ini walau nampak mudah tapi susah sebenarnya, tambah-tambah pula kalau ada anak-anak yang ramai, betul tak?
Jadi, apa kata anda baca perkongsian daripada seorang ibu ini tentang tips ‘packing’ barang dari pakaian sehinggalah ke barang keperluan yang sebenarnya jika di bawa memberi kemudahan kepada kita seisi keluarga. Diharapkan dengan perkongsian tip ini dapat menjadikan proses ‘packing’ sebelum bercuti lebih mudah dan sistematik.
Tip Packing Untuk Bercuti
Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada telekung, sejadah, toto dan selimut tambahan.
Dalam Beg Belang
Semua ini masukkan dalam beg belang
Beg toiletries & beg bersiap
– beg toiletries
– beg bersiap
Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13. Beg bersiap pula dari Mr Diy. Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
2. Botol Sabun & Syampu
Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.
3. Berus gigi
Ads
Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.
4. Plastik buang sampah
Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.
5. Barang bersiap semua masuk dalam 3 beg ini dan semuanya beli di Mr. Diy
Dalam beg ‘Others’ tu ada barang-barang wet tissue, tisu, cermin, floss dan mini item.
6. Beg makanan (merah) & beg minuman (biru)
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.
Ads
Ini barang yang ada dalam beg merah dan biru. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu.Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.
7. Periuk Nasi
Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum. Beli di Shopee.
Bawa juga alas makan seperti ini. Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah. Beli di Shopee.
Malah bermacam-macam lagi peralatan dan perkakasan yang dibawa oleh ibu ini yang sangat lengkap dan bolehlah dijadikan rujukan. Antaranya adalah set sudu dan garfu, suplimen, penyapu mini dan sebagainya.
Beg swiming juga turut disediakan dengan setiap satunya lengkap untuk 4 orang anak. Yang didalamnya di isi 1 tuala mini dan 1 baju swimming dan keperluan mandi yang lain.
Ads
Untuk lebih detail dan banyak lagi yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca bolehlah klik di sini
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tragedi banjir buruk yang berlaku tentunya ramai keluarga berputih mata melihat kediaman ditenggalami air, perabot dan barang-barang lainnya musnah dalam sekelip mata.
Antara yang menerima kesan hebat akibat banjir ini adalah kisah 6 beradik ini yang mempersiapkan dekorasi baru untuk kediaman ibu ayah meraka di Bentong sebagai hadiah istimewa sempena annibersery yang ke 36 tahun.
Namun akibat banjir yang melanda, dekorasi yang indah yang dilakukan oleh mereka adik beradik, musnah akibat banjir.
Hal ini dikongsikan oleh salah seorang antara enam beradik tersebut diakaun facebook Alia Abdul Halim.
18/12/2021 Tarikh yang akan kami ingat sampai bila-bila
16/12/2021-Khamis
Kami 6 beradik balik Bentong, misi untuk cantikkan rumah mak ayah..100% deco baru..100% perabot baru..dari syiling, perabot sampai ke lantai..semua kami tukar baru..hadiah untuk anniversary mak ayah yang ke 36
Syiling dan lantai sahaja kami upah orang, yang lain semua kami buat sendiri..adik ke-5 dan ke-6 Hanisah Bazilah dan Muhammad Miqdad da settel kan awal untuk kikis-kikis dinding rumah dan cat sikit-sikit.
Pagi 16/12 kami sampai terus sambung mengecat..malamnya pula buat cermin..deco cermin sendiri..Khamis dan jumaat ot siapkan rumah dari pagi sampai la pukul 2 pagi.
18/12/2021 – Sabtu
Pukul1.30 tengah hari, siap kesemua..Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sama seperti yang dirancang..mak ayah sampai je rumah terus terkejut dengan perubahan rumah..mak cakap “mak da lupa macam mana rupa rumah yang asal”
Allah..seronoknya..mak ayah sampai menitis air mata kegembiraan..dari tengah hari sampai Isyak kami gembira..impian kami jadi kenyataan..terima kasih Allah..tapi perancangan Allah kita tidak tahu.
18/12/2021- Sabtu
11.30 malam air mula naik..rumah mak ayah habis dimasuki air..kami betul-betul tak sangka..pukul 12 kami bergegas keluar dari rumah, dapat capai yang penting-penting je..air naik sangat cepat..kami tak sempat nak kemas-kemas..kami selamatkan anak-anak dulu dan wan yang uzur..malam tu kami duduk di surau..pukul 3 pagi air di surau pun naik, cepat-cepat lari ke sekolah..perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Dalam sekelip mata rumah yang kami hias cantik habis sekelip mata..perabot-perabot baru habis tenggelam..rumah mak ayah 90% habis..barang-barang rosak..Allah..rumah yang kami hias cantik bertahan dalam 8 jam sahaja..rumah habis disalut lumpur..barang-barang terpaksa dibuang..kami redha
Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik kami redha..Apapun kami tetap bersyukur kerana waktu kejadian kami anak-anak ada bersama dengan mak ayah..bayangkan kalau kami tiada.
Sekarang dalam proses untuk bersihkan semula rumah mak ayah..kami akan cantikkan semula rumah mak ayah.
Sakit batu karang tidak boleh dibuat main. Hanya yang pernah mengalaminya tahu betapa deritanya apabila penyakit ini menyerang.
Saudara Azrol Saad berkongsi petua dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tiga bahan tersebut adalah Lobak putih, madu dan juga gula batu. Semua bahan digunakan bebas dari bahan kimia.
Jom kita baca mana tahu mungkin petua Jus Lobak Putih ini sesuai untuk anda yang bermasalah batu karang. Tak salah untuk kita ikhtiar kan.
JOM PAKAT KONGSI PETUA
Batu Karang….Syukur Ya Allah….Hasil lebih kurang sejam selepas minum lobak putih…..Ya ALLAH jauh kan lah aku dari segala penyakit….saya kongsikan sedikit petua dengan menggunakan jus lobak putih.
Bahan-bahan
-Sebatang Lobak putih -3 Biji Gula Batu -2 Sudu Madu -sedikit air
Cara membuat: -Bersihkan lobak putih..buang kulit nipis..sekiranya besar boleh di bahagi dua.jika kecil cukup la sebatang.. -Masuk kan dalam pengisar..Campur kan 3 biji Gula batu dan dua Sudu Madu lebah..tambah sedikit air masak untuk sekurangnya mendapat satu cawan jus lobak -Kisar sehingga semua hancur..Selepas kisar tapis untuk asingkan hampas lobak.. -siap dan boleh terus di minum..di sarankan standby air masak secawan selepas minum jus lobak.
Credit : Azrol Saad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.