Anak Ramai Pun Badan Tetap Boleh Langsing, Bila Amalkan Ni!

Share

Bila bercakap tentang pengalaman wanita lain yang mempunyai anak yang ramai namun tetap memiliki bentuk badan yang menarik,  pastinya mereka ada sesuatu yang dijadikan  amalannya.

Umumnya selain perlu lakukan senaman dan pegambilan makanan yang sihat,  ramai antara kita akan mengamalkan makanan herba, makan jamu dan sebagainya.

Umpamanya dengan mengamalkan resipi minuman herba yang dikongiskan oleh Puan Sayhida MoHd Nor ini,  dikatakan pengamalnya akan merasakan perubahan ketara pada bentuk tubuh menjadi lebih langsing dan menarik.

Bukan itu sahaja, diakui juga herba ini baik untuk sistem dalaman wanita. Untuk itu, apa kata anda cuba dahulu amalkan dan lihat perubahan pada diri.

Bahan-bahan :

1 inci halia-dihiris

1 inci ibu kunyit-dihiris

3 batang serai-dititik

3 helai daun pandan-disimpul

3 biji manjakani

Cara Membuatnya :

1.    Rebus semua bahan sehingga mendidih.

2.    Biarkan suam dan kemudian minum bersama dengan madu.

Amalkan 3 kali seminggu. Dan setiap kali diminum ambil waktu pagi dan malam.

 

Sumber : Puan Sayhida MoHd Nor