
Kasihan sungguh pada anak-anak yang selalu kena shaming trap.
Shaming trap ini adalah situasi di mana anak-anak di malukan oleh ibu ayah sendiri.
Anak cuma nak perhatian dan main dengan ibu ayah je, tapi terkena shaming trap pula.
Pasti dia rasa,
– kecewa
– kecik hati
– serik
– sedih
– marah
– malu
– sebak
Sebab tu la walau sibuk mana pun kita dengan kerja tolong jangan cakap begini pada anak,
– jangan kacau ayah tengah buat kerja ni.
– bising la, pergi main kat luar.
– ibu sibuk ni, pergi main sana.
Dan seumpamanya. Tolong jangan ucapkan pada anak-anak ketika dia sedang menagih perhatian kita.
Anak-anak ni kalau dia tak ada rasa,
– rindu
– sayang
– kasih
– suka
– selesa
– happy
Dengan kita, dia pun tak heran kita ni wujud ke tak dalam hidup dia.
Tapi oleh sebab ada rasa-rasa ini semua la dia jadi kisah dengan kewujudan kita.
Kalau la boleh, anak-anak kita ni dia nak berdamping je dengan kita 24 jam sehari.
Sebabnya satu, kita la satu-satunya ibu & ayah dia!
Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak beri perhatian pada anak.
Jangan sampai anak rasa serik nak minta perhatian kita sudah la, masa tu kita yang menagih nagih perhatian dia pula.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Perlukah Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais. Ahli Farmasi Jelaskan Sebabnya.

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.
Pesanan ikhlas,
Sumber: FB Rahman Baco, Pharmacist.
www.fb.com/rahmanbaco.my
FARMASI AMALMEDIK
Ini Lima Kunci Utama Matematik Anak Kena Tahu Supaya Lulus Cemerlang UPSR.

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa akan membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan dan keputusan terbaik dalam peperiksaan.
LIMA kunci utama MATEMATIK pastikan anak anda tidak gagal UPSR 2019
1) Kuasai SIFIR (1-9)
2) Kuasai Asas Matematik
+ Pastikan anak/pelajar menguasai bagaimana nak sebut dan tulis nombor atau perkataan, mampu beza nilai tempat dan nilai digit, kenal nombor terbesar dan nombor terkecil serta mampu susun nombor ikut turutan, tahu cerakin nombor ikut nilai tempat dan nilai digit, takde masalah bab bundar
3) Mahir 4 OPERASI
+ Tambah, tolak, darab, bahagi
+ Dapat selesaikan Operasi Bergabung (guna teknik KUBA)
+ Pastikan anak dapat menyelesaikan 4 operasi ini dalam bentuk nombor bulat dan perpuluhan
4) Kuasai formula 3P (Pecahan, Perpuluhan, Peratus
+ Pastikan anak/pelajar mampu menukar Pecahan kepada Perpuluhan, Perpuluhan kepada Pecahan, Pecahan kepada Peratus, Peratus kpd Pecahan atau Perpuluhan.
(Nak senang, suruh diorang hafal jer jadual di bawah ni)
5) Mahir menukar Unit (Wang, Masa dan Waktu, Panjang, Jisim, Isipadu)
+ Bab ni, ajar dulu tajuk PJI, yg ni lebih mudah sbb melibatkan pendaraban 1000
+ Pastikan anak/pelajar faham macamana nak tukar unit yg melibatkan nombor bulat, perpuluhan dan pecahan
lngat! hampir kesemua bab melibatkan pecahan..x kira tambah, tolak, darab, bahagi pecahan atau yg melibatkan pertukaran unit
60%-65% soalan kertas1 dan kertas 2 Matematik adalah drp tajuk2 di atas..jika anak/pelajar masih dpt D atau E, jangan sesekali ajar soalan KBAT, selesaikn dulu tajuk2 kat atas ni
Follow jer step2 ni insyaAllah anak/pelajar anda sekurang-kurangnya dapat B atau C Matematik dalam tangan
Sekian perkongsian yang sedikit ini drp guru Matematik yg kerdil ini, moga mampu membantu anak/pelajar anda melakar kejayaan dlm UPSR nanti
#MathsAuladProgram
#lntelekUmmahAcademy
“Sudah Arif Ara Pula..” Musim Sakit, Dua Hari Berturut Tya Bawa Anak Ke Klinik!

Sebagai ibu ayah sememangnya kita mudah berasa cemas bila melihat keadaan anak yang muntah-muntah dan tiada pula selera makan. Lagi-lagi ketika ini, macam-macam penyakit yang menyerang kanak-kanak.
Baru-baru ini pelakon Tya Arifin juga telah melalui detik cemas apabila anak sulungnya, Arif Jiwa mengalami kesukaran bernafas dan jantungnya berdegup kencang.
Situasi ini menyebabkan Tya dan suami bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya itu.
Sudah Arif Ara Pula
Kerisauan Tya terhadap kesihatan anak-anaknya sekali lagi diuji, bila mana kali ini Ara pula muntah-muntah. Hal ini dikongsikan bersama di dalam akaun instagramnya dan menarik perhatian umum.
Dua hari ini syukur juga Tya memang bekerja dari rumah, ada jadwal personal coaching dengan my usahawan.
Jadi break lunch dan petang dah selesai, Tya boleh back to anak anak.
Tiba-tiba masa petang tu, Tya dapat tau dari kk nya, Ara muntah 2 kali.
Masa dia bangun tidur muntah semua apa yang dia makan 😳
Dan dibagi susu, dia muntah lagi..
Tak mau makan, 4 sudu je masuk.
Tya nampak dia lemas di kursi, maybe dehidrasi.
Jadi Tya terus bawa ke klinik yang sama macam abang semalam.
Huhuh mesti ibu2 kalau anak2 sakit tak tega kan, rasa baik kita yang sakit 🙁
Pergi Docter, kata doc,
Ara tengah batuk, dan dia muntah karna dia tengah keluarkan “kahak” nya.
Salah satu cara nak keluar kahak dengan muntah.
Legaaaaa…
Jadi Doc bagi ubat utk kontrol muntah, dan batuk utk Ara.
Malam ini Tya mesti tidur dengan Ara, ( kalau anak sakit Tya memang akan bermalam skin to skin dengan mereka) sampai dia sembuh..
Tya rasa, memang musim anak2 sakit ya sekarang???
Meninjau di ruangan komen nyata ramai yang mendoakan agar Ara segera sembuh dan ada juga yang memberi komen mengiyakan bahawa sekarang ini ramai anak-anak yang demam dan sakit.
Musim buah ni.mkate org Melayu..tak anak..Kecik basa ..sehat2 ye nak 😍
ya mmg musim, sakit, muntah2
semoga cepat sembuh ara comel 😍
Get well soon ara ❤️ strong girl
Syafakillah buat Ara. Cepat sembuh ya..
ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club