
“Bising lah! Memekak je!”
Zaman sekarang mak ayah lebih rela anak melekat depan TV dan gajet supaya :
– anak diam seribu bahasa
– anak melekat dengan kartun setiap masa
– anak tak kacau dia
Padahal anak perlukan mak ayah mereka untuk :
– bermain
– berinteraksi
– menstimulasi
– berkomunikasi
– berbonding
– mengisi tangki emosi
Wahai ibu ayah. Ketahuilah anak anak memang akan diam di depan TV, laptop dan handphone kerana mereka sedang mengalami ‘sensory lock’ bila berhadapan dengan gajet tersebut
– tangannya terkunci
– tubuh badannya terkunci
– pendengarannya terkunci
– matanya terkunci
– dan seluruh sensori tubuhnya terkunci
Memang anak kita akan diam dan “tak mengganggu” kita lagi tapi ketahuilah ianya sangat memberi kesan buruk jangka panjang jika ianya berlarutan tanpa kawalan
Walau sesibuk mana pun kita usahakan lah untuk berbual, berkomunikasi, bergurau senda dan saling mengisi tangki emosi dengan anak anak kita sendiri.
Akan sampai masanya mereka tak akan berminat lagi untuk bermain dan bergurau senda dengan ibubapanya sendiri. Ketika itu kita akan sangat rindukan gurauan dan kemesraan yang telah kita abaikan selama ini
Sebak.
Sumber: Taufiq Razif
Tiba-Tiba Anak Hilang Dari Pandangan! Jangan Buang Masa Jerit Nama Anak, Peguam Ini Kongsi Cara Betul

Kalau berjalan di kawasan awam, tak kira pusat beli belah atau mana-mana yang boleh buatkan ibu bapa terleka dari anak, pasti akan ada babak anak hilang dari pandangan orang tuanya. Bagi yang berhadapan dengan situasi itu, rasa nak luruh jantung bila anak yang dijaga rapi selama ini, boleh hilang sekelip mata!
Bila dah berhadapan dengan detik cemas itu, apa yang boleh ibu ayah lakukan hanyalah menjerit nama anak sahajalah, dengan harapan anak-anak boleh dengar dan kembali sahut setelah mendengar namanya dipanggil.
Tetapi, menurut wanita bernama Reina Lum yang juga seorang peguam, sewaktu anak hilang janganlah menjerit nama anak. Dah tu, macam mana nak cari anak? Jom, ikuti tips untuk cari anak hilang dengan cara lebih berkesan!
PEGUAM KONGSI CARA CARI ANAK HILANG DI TEMPAT AWAM
Seorang pengguna tiktok bernama Reina dan jug aseorang peguam ini berkata, perbuatan menjerit nama anak bukanlah satu tindakan yang berkesan. Sebaliknya, penjaga perlu menjerit ciri-ciri anak dengan lebih teliti seperti:
- Umur
- Pakaian
- Paras rupa
- Bentuk fizikal
Hal ini kerana, bagi memudahkan orang awam untuk membantu anda mencari anak yang hilang. Contohnya,
“Saya sedang mencari budak kecil 5 tahun, lelaki, pakai baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau!”
Berdasarkan logiknya, peluang menemukan kembali anak yang hilang adalah lebih tinggi berikutan tindakan orang awam yang akan bersama-sama menghulurkan pertolongan untuk mengesan.
Secara tak langsung juga andainya anak anda diculik, cara ini akan menyukarkan penculik untuk melakukan ‘kerja kotor’ mereka kerana berada dalam pemerhatian orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan cara ini yang ternyata lebih terlihat berkesan berbanding menjerit nama anak sahaja.
TIPS LAIN! JANGAN LUPA AMBIL GAMBAR ANAK SEBELUM KELUAR RUMAH
Malah, ada juga yang berkongsi tip lain iaitu pastikan mengambil gambar anak sebelum keluar rumah. Ini bagi memudahkan lagi pencarian, berikutan apabila seseorang berada dalam situasi panik kadang-kala ingatan boleh jadi terbatas.Semoga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Tiktok @reinalum
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Diy Permainan Anak-Anak, Guna Bahan Rumah Sahaja, Mak-Mak Kena Buat Ni!

Anak-anak yang membesar perlukan bahan sokongan untuk buat minda mereka berkembang. Mainan adalah salah satu alat untuk mengasah daya kreatif, menguji imaginasi dan minda anak-anak.
Pun begitu harga permainan yang semakin mahal buat kita berfikir beberapa kali untuk membelikan mainan buat mereka. Rasa rugi melaburkan sejumlah wang yang banyak, apa kata anda cuba kreatifkan diri dan buat permainan sendiri kepada anak-anak.
Perkongsian oleh Siti Robeah Siti Ruby di facebooknya ini patut kita kongsi. Paling penting, jom lapangkan masa dan buat sendiri untuk anak-anak sementara cuti masih lagi berbaki beberapa hari ini.
Jom buat!
” Nak belikan permainan buat anak-anak kena sentiasa ada bajet. Nak bercuti kena ada bajet. Duduk rumah tak tahu nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk anak-anak? Jom buat aktiviti DIY sendiri.
Dengan kos bawah rm10! Boleh cari di kedai RM 2, kedai alat tulis atau kedai-kedai serbaneka yang lain. Walaupun tidak semahal barangan berjenama. Apa yang penting ialah dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.
1. Fur-Sticks
Boleh cari di kedai alat tulis. Cucuk-cucuk pada penapis sayur je.
2. Ping-pong Belon
Kalau ramai anak lelaki ni confirm meriah. Tapi jangan sampai bergaduh.
3. Lumba Guli Guna ‘Noodle’
Beli ‘noodle yang digunakan untuk berenang, kemudian belah dua. Kemudian ouma guni!! Yeay
4. Papan Gelongsor
Kalau ada kotak peti sejuk tu, boleh buat ‘giant’ gelongsor. Bagi je anak-anak main sampai lembik lunyai.
5. Laser Benang
Ikat benang ala-ala agen ali. Mesti excited.
6. Litar In The House
Kereta atau motor mainan yang banyak tu boleh ajak anak-anak berlumba di rumah. Feeling-feeling macam litar sepang gitu.
7. Ring Tower/Colour Block
Susun besar di bawah, kecil di atas
8. Fur-balls
Beli fur-balls dan biarkan anak-anak berimaginasi mengikit kretiviti. Kenali warna-warna.
9. Getah Ikat Rambut /Hair Bandy
Susun getah ikut kretiviti sendiri.
10. Batang Aiskrim
Boleh warnakan dulu batang aiskrim atau boleh beli yang dah siap. Ajar anak-anak asingkan warna dan mengukuhkan ingatan tentang warna.
11. Jenga DIY
Asah skill anak-anak membina bangunan. Yang bagusnya, jenga diy sendiri tak mudah patah. Boleh dicampak-dicampak dan diguna banyak kali.
12. Bubble-wrap
Jom main cop-cop kaki!
13. Toilet Paper Roll
Hanya tampal di dinding. Masukkan fur balls. Gerenti anak-anak akan ulang-alik bermain.
Sumber: Siti Robeah Siti Ruby
Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple Sungguh Inspirasi. Boleh Jadi Panduan Didik Anak!

Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)
Dia meninggal dunia sebagai Billionaire pada usia 56 tahun Kanser Pankreas dan inilah kata-kata terakhirnya di tempat tidur yang sakit:
“Saya mencapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya adalah lambang kejayaan.
Pandangan orang lain, hidup saya adalah sempurna, namun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya sedikit kegembiraan.
Akhirnya, “kekayaan” hanyalah yang saya kejar dalam kehidupan saya.
Pada masa ini, berbaring di tempat tidur yang sakit dan mengingat kembali seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang sangat saya banggakan, menjadi pucat dan menjadi tidak bermakna dalam menghadapi kematian yang akan datang.
Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, menjana kekayaan untuk anda tetapi anda tidak boleh meminta seseorang menanggung penyakit untuk anda.
Perkara-perkara material yang hilang dapat dijumpai. Tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai ketika hilang – “Hidup”.
Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa ada satu buku yang belum selesai dia baca – “Buku Hidup Sihat.”
Apa sahaja tahap kehidupan kita sekarang, dengan masa, kita akan menghadapi hari ketika tirai itu turun. Harta sebenar manusia adalah keluarga, cinta untuk pasangan anda, cinta kepada rakan anda …Layan diri anda dengan baik. Hargai yang lain.
Apabila kita semakin tua, dan dengan lebih bijak, kita perlahan-lahan menyedari bahawa
-memakai jam tangan $ 300 atau $ 30 – mereka berdua memberitahu masa yang sama …
Sama ada kita membawa dompet / beg tangan $ 300 atau $ 30 – jumlah wang di dalamnya sama.
Sama ada kita memandu kereta bernilai $ 150,000 atau $ 30,000, jalan dan jaraknya sama, dan kita sampai ke destinasi yang sama.
Sama ada rumah yang kita tinggal seluas 300 atau 3000 kaki persegi – kesunyian adalah sama.
Anda akan sedar, kebahagiaan batin anda sebenarnya bukan berasal dari perkara-perkara material di dunia ini.
Sama ada anda terbang pertama atau kelas ekonomi, jika kapal terbang turun – anda turun dengannya …
Oleh itu .. Saya harap anda sedar, apabila anda mempunyai pasangan, rakan dan rakan lama, saudara dan saudari, dengan siapa anda berbual, ketawa, bercakap,berhibur.. Itulah kebahagiaan sejati.
Lima Fakta Kehidupan yang Tidak Dinafikan:
1. Jangan mendidik anak-anak anda untuk menjadi kaya. Didik mereka untuk Bahagia. Oleh itu, apabila mereka dewasa mereka akan mengetahui nilai perkara bukan harganya.
2. “Makan makanan anda sebagai ubat anda. Jika tidak, anda harus makan ubat sebagai makanan anda.”
3. Orang yang mengasihi anda tidak akan pernah meninggalkan anda kerana yang lain walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan mencari satu alasan untuk bertahan.
4. Terdapat perbezaan besar antara manusia dengan manusia. Hanya sebilangan kecil yang memahaminya.
5. Anda disayangi semasa anda dilahirkan. Anda akan disayangi semasa anda mati. Jika diantara kedua waktu itu anda mengurus hidup anda dengan baik.
CATATAN TAMBAHAN : Sekiranya anda hanya mahu Berjalan Cepat, Berjalan Sendiri! Tetapi jika anda mahu Berjalan Jauh, Berjalan Bersama!
Enam Doktor Terbaik di Dunia yang sering dilupakan.
1. Cahaya matahari
2. Rehat
3. Bersenam
4. Diet
5. Keyakinan Diri dan
6. Kawan
Kekalkan mereka dalam semua peringkat Kehidupan dan nikmati kehidupan yang sihat.
Semoga bermanfaat!
Kredit: PMA JAYA