Anak Perempuan Tunggal Hidap Leukemia, Ayah Ni Nekad Berhenti Kerja Untuk Jaga!

Share

Seorang ayah, jerih payah dan pengorbanannya dalam memberikan penghidupan yang baik untuk keluarga dan anak-anak diakui tiada taranya. Ayah sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengenal lelah dan mengeluh, apatah lagi dalam situasi  berdepan ujian perlu menjaga anak yang disahkan mengidap penyakit leukemia.

Nekad Berhenti Kerja  

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanannya. Begitulah ujian hidup yang dilalui oleh seorang bapa ini, demi kasih kepada anak tunggalnya yang bergelut dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) Muhd Iqbal Zamani Md Noor, 45, terpaksa berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rawatan anaknya.

Difahamkan sebelum ini dia bekerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro. Dikatakan anaknya Nur Insyirah, 15, telah disahkan mengidap penyakit tersebut pada Mac lalu selepas mengalami gejala demam, ruam dan pendarahan hidung sebelum dirujuk ke Hospital Kangar, Perlis dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bahkan sepanjang tempoh itu, anak beranak ini terpaksa berulang alik dari Perlis ke Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan susulan dan kemoterapi untuk anak tunggalnya itu.

“Semua rawatan dan kemoterapi itu berlangsung dengan baik dan keadaan Nur Insyirah juga semakin pulih sehinggalah pada Oktober lalu doktor mengesahkan kanser kembali menyerang.

“Baru sahaja kami menaruh harapan bahawa kesihatannya akan pulih, tetapi barah itu kembali semula, ” katanya sebak.

“Wang Simpanan Kami Juga Hampir Habis”

Muhd Iqbal Zamani berkata, Nur Insyirah dimasukkan ke wad di HPP sejak 8 November lalu bagi menjalani semula rawatan sekali gus dia dan isteri, Nur Sakina Azmee, 25, terpaksa bergilir-gilir menemani anaknya di hospital.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

 

Berikutan tidak bekerja, Muhd Iqbal Zamani hanya bergantung kepada pendapatan isterinya sebagai tukang jahit selain mengambil upah bekerja di kedai makan sekiranya ada masa terluang.

“Pelbagai kerja saya lakukan seperti cuci pinggan di kedai makan, bakar sate dan lain-lain lagi bagi mencari wang untuk kegunaan Nur Insyirah.

“Wang simpanan kami juga hampir habis dan ibu saya turut membantu dengan memberi wang pencen miliknya untuk kegunaan Nur Insyirah.

“Namun kini ibu saya dimasukkan ke Hospital Kangar berikutan penyakit berkaitan buah pinggang yang dihidapi dan isteri saya pula yang menjaganya,” katanya.

Terima Rawatan Psikiatri Akibat Kemurungan

Muhd Iqbal Zamani berkata, dia bersyukur dan terharu dengan insan di sekelilingnya yang sering menghulur bantuan.

Katanya, ada dalam kalangan rakannya yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pada bila-bila masa sekiranya tidak membawa Nur Insyirah melakukan rawatan.

Nur Insyirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar sering bertanya mengenai persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.

“Dia kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri akibat kemurungan dan rasa cemas (anxiety) susulan penyakitnya.

“Memang impian saya untuk kembali bekerja namun pada masa ini bimbang tidak dapat beri perhatian kepada Nur Insyirah,” katanya yang mahir dan memiliki sijil dalam pembuatan perabot.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Muhamad Iqbal Zamani di talian 017-4461131.

Sumber : myMetro

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club