Siapa yang tak terkejut apabila anak perempuan pakai baju melayu!
Tapi anak pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai apabila tidak kekok berbaju melayu.
Selepas Sharifah Shahirah berkongsi video bersama anak-anaknya di Instagram miliknya baru-baru ini.
Tak Bawa Baju Kurung
Menerusi video berkenaan, mereka pergi rumah terbuka di rumah besannya yang berada di Pulau Tioman.
Sharifah Shahirah berkongsi katanya anak perempuan Sharifah Shahirah iaitu Airra Zulkifli tidak membawa baju kurung ketika menghadiri majlis rumah terbuka tersebut.
“Hmmmm dia boleh tak bawak baju kurung jadi kita pakaikan baju melayu abang dia…”
Disebabkan itu, Sharifah Shahirah meminta anaknya Airra memakai baju melayu milik abangnya.
Netizen Terhibur
Hantaran video tersebut menghiburkan netizen melihat gaya bersahaja anak pengacara terkenal itu. Rata terhibur dengan apa yang dilakukan oleh Sharifah Shahirah dan mengangap ianya satu perkara yang lucu.
Sumber: IG Shieraijoy