Anak Penakut? Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ini Kongsi Tip Cara Psikologi Atasi Masalah Ini.

Share

Kenapa takut sangat ni? Tak kanlah nak ke toilet pun nak mama teman. Adik kan pandai pergi sendiri. Ini antara sketsa anak di rumah yang tidak berani dan dimarahi mamanya  kerana takut untuk melakukan sendiri. Segala perkara berkaitan ketakutan anak sebenarnya dipengaruhi pelbagai faktor dalaman atau luaran.

Untuk mengetahui lanjut ikuti ulasan oleh Dr. Abdul Halim Masnan, Pensyarah Kanan,Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Faktor-faktor tersebut juga mungkin juga disebabkan perkembangan psikologi anak yang belum bersedia dengan sikap berani untuk mengatasi ketakutan ataupun kurang yakin untuk melakukan sendiri.

Apapun, ibu bapa perlulah bijak menanggani masalah ini dengan segera. Ini kerana jika tidak dibiarkan,lambat laun akan memberi masalah berpanjangan sehingga mereka dewasa seperti masalah keyakinan diri,pemalu, tidak boleh berdikari dan yang paling merisaukan tidak berani untuk melakukan apa saja atas alasan takut.

Antara faktor dalaman diri yg menjadi punca ketakutan adalah seperti; nampak hantu     sehingga menjdi fobia, dihukum dan takut² oleh ibu bapa sendiri atau adik beradik tanpa diperbaiki, trauma dengan gangguan seksual atau buli, kesediaan untuk berani yang tidak dipupuk, dan simptom tertentu bagi kanak-kanak istimewa.

Antara faktor luaran pula melibatkan; persekitaran rumah yang agak menyeramkan, kawasan kejiranan yang tidak selamat, fobia ketinggian atau kedalaman, trauma di sekolah sama ada dibuli rakan sebaya atau pernah dimarahi guru.

5 tip dorong anak jadi berani.

Punca-punca tersebut jika ada, ibu bapa perlu bertindak dengan beberapa pendekatan seperti:

  1. Memberikan kata semangat dan hikmah

Nasihatlah dengan mengatakan adik berani dan segala ketakutan boleh diatasi. Kita perlu berusaha untuk meyakinkan mereka untuk membantu menghilangkan perasaan takut itu dengan mengenal pasti punca takut. Takut gelap mungkin sebab nampak bayang seperti hantu, takut bunyi seram mungkin geseran kayu yg ditiup angin, takut berenang mungkin sebab lemas, semua itu perlu diyakinkan dengan penyelesaian berhemah.

  1. Menjadikan anak sebagai hero di rumah.

Berilah penghargaan dengan menyatakan bahawa adik adalah adiwira, keberanian sebagai seorang hero dapat mengatasi segala ketakutan. Bimbing mereka untuk sentiasa berani dan berilah penghargaan jika mereka berjaya mengatasinya dengan tenang dan terkawal. Takut tak semestinya lemah, malu tak semestinya mengalah!

  1. Hiasi rumah menjadi ceria

Kadang kala faktor rumah yang ‘menghantui’ menjadikan anak takut. Elok juga kalau rumah disinari dengsn cahaya atau warna yang cerah, sentiasa pastikan ruang gelap atau sempit itu dengan cahaya untuk mereka yakin untuk pergi, dan jika ada tikus, cicak atau lipas pastikan ditangkap dan dibuang! Hiasilah dengan rahmah, rumahku syurgaku.

  1. Berilah peluang dan ruang untuk mereka jadi berani

Kadang kala kita yang terlalu mudah utk menghukum mereka seorang penakut tanpa memberi peluang untuk mereka berusaha untuk mengatasi ketakutan. Perubahan memerlukan kesabaran, kesabaran memerlukan ketenangan, ketengangan perlukan sokongan. Jika kita tahu mereka takut, berusaha untuk memberi peluang kepada mreka untuk menanggani perasaan itu dengan amalan membaca doa, menceritakan kisah tauladan spt pahlawan yang berani, serta membuat aktiviti luar yang aktif dan lasak sebagai proses keberanian.

  1. Berjumpa dengan pakar psikologi kanak-kanak.

Jika masalah takut itu tidak dapat diatasi atau semakin melarat, berjumpalah dengan pakar untuk melihat simptom itu scara lebih terperinci. kemungkinan masalah tersebut melibatkan masalah neuro dalam otak atau trauma yang  teruk disebabkan peristiwa seperti gangguan seksual atau makhluk halus.

Segala ketakutan boleh diatasi sekiranya ibu bapa dapat berperanan dengan sebaiknya sebagai hero dan heroin di hati anak² untuk mereka menjadi berani. Jadikan mereka juga hero seperti kita dan berikan mereka peluang untuk mengatasinya dengan tenteram.

Sumber: Majalah Keluarga, Ideaktiv Sdn. Bhd