Anak Panjang Akal Tanda Bijak Memasang Strategi. Tapi Ibu Ayah Kena Banyak Sabar, Lagi-lagi Anak Sulung!

Share

Peribahasa ada menyatakan, “Getah daun akan mengalir ke batang jua,” ini menjelaskan  bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil pengajaran daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif.

Lebih-lebih lagi ketika anak sedang membesar, ada satu tempoh yang dikatakan anak makin panjang akal atau aktif dan ada juga mengatakan sebagai fasa ‘nakal’ iaitu sekitar umur 1 hingga 3 tahun.

Tempoh masa inilah  memerlukan ibu ayah banyak bersabar dan jangan terlampau garang atau bengis terutamanya melayan ragam anak sulung kerana risau anak tersebut akan terlampau garang dan bengis pula dengan adik beradiknya yang lain.

Perlu di atasi dengan bijak dan ibu ayah  juga perlu melihat dari sudut postif di atas perkembangan tersebut. Ini berdasarkan perkongsian daripada Dr Redza Zainol, menurutnya ada beberapa tanda anak tersebut makin banyak akal dan itu menunjukkan  anak tersebut seorang yang bijak memasang strategi.

Untuk itu, jom kita ketahui beberapa tanda anak panjang akal yang dimaksudkan oleh Dr Redza Zainol untuk info bersama.

Tanda-tanda anak sulung kita tu makin banyak akal
1. Bila anak kena marah dengan mak, cepat-cepat dia lari ke belakang badan ayah dengan harapan ayah akan ‘selamatkan’ dia.

2. Bila ada buat salah, cepat cepat anak datang peluk kita, siap tersengih-sengih. Buat muka seposen dengan harapan tak kena marah.

3. Bila masa makan, dia kata nak main. Bila dah sampai masa tidur, masa tu la baru dia kata nak makan dan minum. Ai, geram kan.

4. Bangun pagi je, terus cari mainan. Kalau terlambat tengok dia, habis bersepah dah satu rumah.

 

 

5. Masa anak nampak kita sangat sibuk, masa tu la dia sengaja minta sesuatu. Kita pun angguk je sebab tak dengar betul-betul apa anak cakap.

6. Kalau dengan mak dia tak dapat sesuatu, senyap-senyap dia pergi cari ayah pula. Kadang-kadang, dia pergi cari atuk, nenek atau mak cik sampai la dia dapat apa yang dia nak.

Macam-macam perangai anak. Tapi fasa ni hanyalah sementara. Mereka cuma nak bergembira. Yang pasti, mereka ni panjang akal dan bijak memasang strategi.
Dengan anak sulung ni, janganlah terlampau garang dan bengis ya. Risau anak sulung akan terlampau garang dan bengis juga dengan adik-adiknya.

Sumber : Redza Zainol