Memiliki anak istimewa adalah satu kelebihan buat ibu bapa yang terpilih. Bukan semua yang bertuah mendapat pengiktirafan tersebut.
Disebalik kekurangan yang dipandang dari mata kasar, namun sebenarnya anak-anak syurga ini cukup istimewa dan ada banyak kelebihan mereka.
Anak diagnos Disleksia
Berkongsi kisah anak bongsunya yang didiagnos Disleksia, Puan Noraiha Rais yang juga pemilik sebuah butik pengantin Demelza yang terletak di Rawang, mengakui anaknya itu seperti kanak-kanak lain seusianya.
“Jika orang tengok dari mata kasar, mereka mungkin tidak menyangka anak saya ini Disleksia. Cuma kalau bab pembelajaran dia sedikit ketinggalan berbanding kakak dan abangnya yang lain. Sekarang dia berumur 11 tahun dan ada subjek dia boleh dan ada yang tak boleh. Tetapi setakat ini dia belajar di sekolah biasa.
“Tetapi dia sangat bijak terutama dalam bermain lego. Pernah sebelum ini saya masukkan dia dalam satu pertandingan Program Robotik Lego dan dia mendapat tempat kedua. Sehinggakan pihak penganjur kagum dengan kebolehannya.
“Memang dia sangat obses dan struktur lego yang rumit dia dapat selesaikan dengan mudah,”ujar Noraiha yang memberitahu mungkin akan masukkan anak ke sekolah kemahiran sama ada bidang vokasional tetapi bergantung kepada minat anaknya.
Ads
Tak nak beri tekanan
Mengakui mula mengetahui anak mempunyai masalah sejak tadika lagi anaknya, Hilai Hamdhy Bin Hasmili mempunyai tanda-tanda disleksia, namun turun naik dalam pelajaran menyebabkan Noraiha beranggapan itu adalah perkara biasa.
“Waktu sekolah rendah, cikgu ada cakap anak ada masalah bab pembelajaran. Kena sediakan Pendidikan khas, tetapi memandangkan sekarang dia sudah tahun lima dan agak terlambat. Jadi untuk masuk dalam sekolah khas mungkin kena tunggu sekolah menengah kelak. Tahap pemahaman dia sepatutnya tahun 5 tetapi sekarang ibarat baru tahap tahun 3. Apa pun sebagai ibu bapa kami terima apa jua pencapaian anak-anak setakat yang termampu.
“Dia boleh membaca tetapi ada subjek yang lemah dan agak terbelakang sedikit. Jadi, saya hantar pada guru tuisyen selain jumpa pakar psikologi Pendidikan. Tetapi kami tidak mahu beri tekanan jadi tak ‘push’ sangat,”jelas Noraiha lagi.
Jiwa halus dan mulia
Ads
Ini adalah ujian Allah dan kena banyak bersabar dalam membesarkan anak-anak kerana setiap dari mereka tidak sama. Biarpun memiliki kekurangan dalam akademi, namun Hilal miliki jiwa yang sangat halus dan mulia.
“Saya masih ingat lagi kenangan bulan Mac yang lalu. Di sekolahnya ada buat satu pungutan dana untuk padang sekolah. Kebetulan anak ada bawa balik surat pihak sekolah minta sumbangan untuk padang sekolah. Tetapi saya cakap nanti mama tengok surat tu.
“Disebabkan dia tak sabar, terus dipecahkan tabung dan bawa semua duit syiling ke sekolah untuk didermakan. Saya tak tahu, rupanya Hilal sanggup pecahkan tabung dirinya sendiri dan bawa duit itu ke sekolah untuk di dermakan.
“Disebabkan itu, cikgu rasa terharu dan beri kad jemputan untuk hadir makan malam Majlis Anugerah. lebih membuatkan saya terharu, perkara tersebut dapat perhatian pihak sekolah sehingga namanya jadi sebutan Menteri Pendidikan ketika itu. Malah, anak saya diajak bergambar bersama waktu itu. Itulah kenangan dan saya fikir anak OKU ada kelebihan yang kita sendiri tak fikirkan yang dia akan buat begitu.
Ads
“Sebagai ibu memang saya rasa sangat terharu akan kebaikan yang ada dalam diri anak-anak istimewa. Di sekolah juga anak saya okey tiada masalah bergaul dengan kawan-kawan. Cuma pemahaman pelajaran agak kurang dan akademi agak lemah.
“Saya bersyukur kerana walaupun kekurangan dari segi pembelajaran tapi dia masih boleh faham. Sebagai ibu saya kadang-kadang takut apabila disleksia, autisme ini pemikiran ke belakang berbanding umur. Tetapi sebenarnya mereka faham Cuma kita yang tak faham mereka.
“Saya dulu ada pusat tuisyen, Akademi Pintas. Jadi, saya akan bawa anak-anak dan juga pelajar untuk join kerja-kerja sukarelawan streetfeeding kt Masjid Jamek bersama NGO Unggas. Hilal juga tidak ketinggalan untuk join sekali,”ujar Puan Noraiha lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebut tentang influencer dan usahawan, Hafiz Mahamad, mungkin ada segelintir warganet mengingati kejutan demi kejutan yang pernah dibuat untuk isteri tercintanya, Aina Syafiqah.
Baru-baru ini, Hafiz sekali lagi mencuri perhatian orang ramai dengan memberi kejutan istimewa untuk ibu bapa tersayang pula dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari persaraan bekerja mereka.
“Hari ini hari terakhir mama bekerja, Dalam lori ni, ada hadiah pencen untuk mama & abah 3 bulan saya persiapkan untuk “hari bahagia” ini.
“Semalam saya datang surprise di tempat kerja mama. Sebak sangat rasa & surprise ni adalah surprise paling bermakna. Mama besarkan saya dan adik dengan bekerja sebagai jururawat. Bila dah besar ni, saya mula sedar. Bukan mudah untuk besarkan kami,” tulisnya.
Perkongsian berbentuk video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya sendiri itu menunjukkan sebuah lori yang mengandungi sebuah kereta Vellfire dibawa ke tempat kerja ibunya yang bekerja sebagai jururawat.
Di ruangan kapsyen, Hafiz menceritakan kembali kehidupannya ketika kecil sehingga dewasa, di mana dia terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayah dek kerana perlu bekerja di luar negeri. Malah, tidak dilupakan jasa ibu dan ayahnya yang sedia berkorban sejak mereka kecil lagi.
“Ingat lagi waktu kecik dulu, kita minta apa pun Mama & Abah cuba sediakan tanpa ada air muka yg menunjukkan dia tak mampu walhal saya tahu dia perlu berkira kira. Itu yg saya mula sedar sekarang.
“Saya membesar di kuarters kerajaan. Sampai 1 masa. Mama perlu pindah kerja ke negeri lain. Harini, seolah olah seperti saya dapat mama & Abah saya balik.
“Diwaktu umur 13 tahun lah hingga lah besar. Saya terpaksa hidup berjauhan dgn “Mama”. Saya & adik pun, kami terpaksa berjauhan atas sebab Abah & mama bertugas di negeri lain lain.
“Orang lain boleh rasa masakan Ibu setiap hari, tp saya ? “menjemput” Mama setiap kali dia datang di stesen kereta api, dari sk sampailah besar. itu saat saya paling bahagia.
“Apa yg saya boleh banggakan Mama ? Tak terbalas semuanya. Mama & Abah selalu doakan perniagaan @ainaabeautyofficial maju
“Saya bangga dibesarkan dengan didikan Abah Mama. Saya bangga dengan usaha abah mama besarkan saya. Harini, saya nk hadir untuk bahagiakan mama & abah” tambahnya.
Dalam pada itu, Hafiz sempat meluahkan rasa bangga dan terharu kerana dibesarkan dengan didikan yang terbaik daripada ibu dan bapanya.
Malah, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya, Syafiqah Aina yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakangnya.
Anak-anak anugerah terindah dari Yang Maha Esa buat pasangan suami isteri. Justeru, dalam memastikan anak-anak membesar dengan sempurna, ibu bapa sentiasa memberikan yang terbaik.
Namun, setiap perkembangan anak-anak berbeza dan tidak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Gambar hiasan
Ibu bapa bapa mana yang tidak sedih jika anak mereka mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Speech Delay atau Lambat Bercakap ialah masalah perkembangan anak tidak boleh bercakap atau bertutur apabila anak sudah berumur dua tahun.
Setiap tahun, semakin ramai kanak-kanak yang lambat bercakap dirujuk ke klinik kanak kanak. Ini tip bermanfaat bagi ibu-bapa yang memiliki anak yang lambat pertuturan untuk dijadikan panduan.
Gambar hiasan
Perkongsian dari Uyaina Arshad menerusi twitternya dimuat naik oleh Dr Redza Zainol menerusi facebooknya.
Anak berat mulut atau ‘speech delay’Anak umur 18 bulan tidak faham arahan, tidak ada eye contact kemungkinan speech delayFaktor genetik atau persekitaranTo much of screen time sangat bahaya kepada anak-anak.Jangan ‘baby talk’ dengan anak-anak. Cakap menggunakan bahasa yang betul.Walaupun anak belum boleh bercakap tapi kita cuba ‘include’ mereka dalam percakapan kita.Perbanyakkan interaksi & dan percakapan dengan anak-anak. Paling penting, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap perkembangan berbeza.
Siapa sangka, walaupun baru berusia 4 tahun namun kanak-kanak ini telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menyertai kejohanan push bike terbesar di Jepun iaitu Runbike Championship Series (RCS).
Ayden Maleeq telah mengharumkan nama negara selama dua hari berturut-turut selepas berjaya menaiki podium. Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia juga mampu menduduki podium di kedudukan kedua pada hari kedua kejohanan tersebut berlangsung.
Difahamkan kejohanan disertai bakal cilik terbabit berlangsung pada bulan Januari yang lalu, namun video yang menyaksikan Maleeq menaiki podium kembali tular di media sosial dan rata-rata ramai yang kagum melihat kanak-kanak seusia ini berjaya mengharumkan nama negara.
Rintangan yang dihadapi oleh anak kecil itu bukan biasa-biasa memandangkan dia terpaksa berlumba dalam keadaan suhu mencecah 1 darjah celsius.
“Cuaca di sini cukup mencabar, Maleeq beraksi dalam keadaan suhu sejuk mencecah 1 darjah celcius.
Di entri yang sama, pihak Bike 8 juga mengucapkan tahniah buat Maleeq kerana membawa nama Malaysia untuk terus dikenali di mata dunia terutama melibatkan sukan push bike.
“Hari pertama dia sudah menunjukkan prestasi cemerlang apabil menduduki tangga ketiga.
“Pada hari kedua pula, Maleeq berjaya memperbaiki kedudukannya apabila naik satu tangga berada di tempat kedua.
Semoga kejayaan Maleeq ini menjadi inspirasi buat masyarakat di luar sana.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.