“Anak Ok Je, Mama Yang Nangis Kat Bucu Katil Nanti.” Anak Dapat Masuk MRSM, Liza Hanim Luah Rasa Syukur!

Share

Penyanyi Liza Hanim melahirkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya, Marissa Qaireen, telah berjaya mendapat tawaran bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (Tingkatan Satu) tahun 2022.

Perkongsian berita tersebut dimuatnaik penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menerusi laman Instagramnya.

“Seminggu dah pengumuman ni. Seminggu juga la masih terasa macam mimpi, Allahuakbar!

“Alhamdulillah. Syukur Kak Ngah dapat tawaran. Yang diimpikan sedari awal menjadi kenyataan. Ni baru permulaan, dan sesuatu yang sangat baru buat kami sekeluarga.

“Betulla bak kata mak pak dalam whatsapp group sekolah; anak-anak ok je, nanti mama yang nangis bucu katil nanti. Ahak ahak ahak,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah  serta mendoakan semoga dipermudahkan segalanya.

azfizalnorizan Congrats🔥🔥 alhamdulillah. Moga kakngah terus cemerlang
_nurulahlina_ Tahniah marisa qaireen kerana jadi anak yg bnggakan kluarga..blajar rajin2 utk jadi best student di MRSM.. 😉👌🏻
fitelements_by_myf Alhamdulillah….syukur…..Tahniah buat Kak Liza dan anak.
ciklyndalaily Tahniah… Selamat merindu rinduan kak… Sy dh merasa tahun lepas 😂😂😂😂
princessbellehassan2211 Alaaa aunty belle ikot nangis…. Tapi dekat je..mama leh zasssssss… Welcome to MRSM😍😍😍
Alhamdulillah tahniah 👏👏mmg betol tengah standby bucu katil ni 11/4 😢😢

Selain Marissa, Liza dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin turut dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Marsya Qistina, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.

Sumber:lizahanim79