
Kadang senang nak salah faham dengan Second Born Child ( anak nombor dua ) ni.
Dari luaran memang kita mudah trigger dengan perangai dia. Sangka degil rupanya bukan.
Memang birth order anak kedua ni buat perangai dia agak sedikit,
– keras kepala
– susah di tegah
– kuat bentak
– kuat melawan
– self-centered
Tapi itu tak bermakna dia degil tau. Jangan salah faham.
Yang sebenarnya itu la karakter second born child.
Dia bukan degil tapi dia ada karakter yang,
– kompetetif
– strong will
– suka menang
– benci kalah
– kuat gaduh
– tak suka di arah-arah
Macam degil, tapi bukan degil.
Tak dinafikan, budak ni paling banyak buat kita mengucap & menguji kesabaran.
Selalu berdoa di beri kekuatan, hanya Allah sahaja tempat bergantung. Sungguh!
Nak mendidik anak ni bukan sahaja kena kuat sabar, tapi kena kuat iman juga.
Saya yakin, bahawa di sebalik kedegilan anak anak kita ini tersembunyi hikmah besar yang bakal beri manfaat pada kita kelak. InsyaAllah..
Orang kata degil degil anak kedua ni, dia la anak paling setia dan paling ingat orang tua nanti.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
“Mana Satu Ayah Ni. Nampak Sebaya, Macam Kawan-Kawan.” Gambar Keluarga Raih Perhatian, Bell Ngasri Dipuji Tetap Muda!

Setiap kali muncul di kaca tv, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Lakonannya biasa-biasa sahaja namun lawak yang ditonjolkan membuatkan ramai tak kering gusi.
Tidak hairanlah andai dikatakan dia antara pelawak tanah air yang konsisten sejak dahulu hingga kini.
Bahkan terbaru, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang menjadi bualan ramai. Manakan tidak, watak yang dibawa oleh Bell bernama Barkoba tersebut nyata meninggalkan kesan sehingga diingati para penonton.
Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan.Sekali gus menaikkan kembali nama Bell dalam industri seni tanah air.
Namun, jarang sekali media memuat naik kisahnya bersama ahli keluarga. Namun, sempena Syawal yang lalu, Bell berkongsi gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon rona merah jambu.
“Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”
Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, biarpun Aidifitri berlangsung dalam serba kekangan akibat krisis Covid-19, namun baginya, raya tetap raya.
Jelas Bell lagi, kelazimannya mereka sekeluarga pulang beraya di Johor dan Kedah (keluarga belah isteri).
“Kami biasa akan balik beraya di Kota Tinggi dan Ulu Tiram, Johor. Tetapi apa yang boleh buat, kita semua diuji dengan wabak Covid-19.
“Memang tak rasa raya sebab tak dapat jumpa sedara-mara. Tapi, ada hikmahnya juga. Disebabkan Covid-19, tak perlulah kita peruntukkan banyak sangat duit raya (ketawa).
“Raya ini akan paling seronok andai kita pegang status atau tiket kanak-kanak. Dapat beraya di rumah sesiapa pun dan paling ‘best’, semasa kutip duit raya. Ketuk sahaja pintu rumah sesiapa, mesti bawa balik ‘ongkos’.
“Sekarang dah tak macam dahulu. Nyawa bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Saya rasa anak-anak pun dah reda. Semua orang rindukan suasana beraya dahulu yang bebas ke mana-mana tanpa sekatan. Tetapi ini semua dugaan. Sama-samalah kita hadapinya dengan tabah.” ujar Bell lagi.
Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.
Bukan itu sahaja, ada yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 41 tahun, ternyata Bell Ngasri tetap tampak muda remaja.
Untuk rekod, Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.
Sumber: Kosmo & bellngasriofficial
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Sekali-Kali Melabel Anak, Ibu Ayah Kena Ubah Cara Ni!

Antara sedar atau tidak, kita sebagai mak ayah sering melabelkan anak-anak kita. Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Bukan orang lain tetapi kita sendiri!
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya. Ya..kita sendiri yang melabelkan anak-anak kita sehingga terbawa-bawa. Semua ini sifat negatif yang akhirnya memberi kesan kepada anak itu sendiri.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.”
Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengerahui perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif.
Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
***
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik. Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jika label buruk digunakan secara persisten, ia akan mengganggu emosi dan sifat daya saing anak-anak dan menjurus ke arah masalah mental.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Kredit: Hazhari Ismail
Langkawi Travel Fair Di Datum Jelatek Kuala Lumpur, Tarik Pelancong Ke Langkawi!

Datum Jelatek bakal menjadi lokasi acara Tahunan Langkawi Travel Fair yang bakal diadakan khusus untuk mengembalikan semula Pulau Langkawi sebagai lokasi perlancongan paling utama di negara kita.
Langkawi Travel Fair yang diadakan pada 16-18 Ogos lalu menghimpunkan 32 booth bersama seluruh pemain industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada pemilik produk ataupun product owner, travel agent, hotel 3 bintang ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi dan #ExploreLangkawi.
Objektif travel fair ini pastinya bagi membuang persepi yang mengatakan Langkawi mahal dari segala sudut. Dengan adanya Travel Fair ini di Datum Jelatek pastinya dapat menarik pelancong-pelancong di sekitar Lembah Klang, khasnya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Langkawi Travel Fair ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama DatumCorp International khusus bagi mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama agensi-agensi kerajaan di Langkawi. Semuanya bagi mencapai sasaran 3 juta pelancong sehingga 31 Disember 2024.
Keistimewaan Langkawi Travel Fair ialah para pengunjung boleh mendapat potongan bermula 10% sehingga 40% hanya pada hari Travel Fair itu berlangsung sahaja. Pakej-pakej ini juga sah sehingga tahun Februari 2025 iaitu tahun Visit Kedah.
Objektif seterusnya adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai Pulau Peranginan nombor satu di Malaysia serta salah satu pulau tercantik di dunia.