“Anak Nombor 2 Memang Lain Macam Sikit Perangai” Gambar Lila Amina Berdiri Atas Tangga Lipat Buat Warganet Berdebar

Share

Anak kedua pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lila Amina mencuri perhatian pengikut Instagram Awal.

Baru-baru ini Awal berkongsi gambar Lila berjaya memanjat sebuah tangga lipat yang tinggi ketika berada di rumah.

Menurut Awal, dia meninggalkan tangga tersebut sekejap sahaja namun tidak menyangka anak keduanya itu boleh memanjat sehingga berada di atas.

Berderau darah kita yang melihat aksi berani si kecil yang cheeky ini. Sesiapa pun yang melihat foto tersebut pasti berasa bimbang akan keselamatan Lila.

Namun jangan risau, sebagai bapa Awal sentiasa memastikan keselamatan Lila berdasarkan beberapa foto terakhir dalam posting beliau.

Awal dilihat segera memegang belakang badan anaknya daripada risiko terjatuh. Walaubagaimanapun aksi lucu dan tidak dijangka tersebut pasti ingin dirakamkan sebagai kenangan sama seperti ibu bapa lain jua.

Anak Nombor Dua Lasak Dan Berani

Di ruangan komen, ramai pengikut Awal yang kebanyakannnya terdiri daripada golongan ibu memberitahu perangai anak nombor dua memang lain macam sikit perangainya, lasak, berani dan berdikari dalam banyak perkara.

Apa-apa pun sebagai ibu bapa kita kena raikan kelainan karektor dan perangai anak-anak dan dalam masa yang sama sentiasa utamakan keselamatan mereka dalam apa jua situasi.

Kebanyakan pengikut Awal turut menasihatkan agar lebih berwaspada memantau pergerakan Lila yang sedang dalam fasa suka meneroka perkara baru. Mereka enggan sesuatu yang buruk berlaku kepada si kecil yang comel itu.

Jom join webinar kehamilan Aku Tak Serik Bersalin.

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Sumber: @awalashaari