Anak Ni Kalau Dah Berjanji, Mesti Nak Tuntut. Alert Ye Ibu Ayah

Share

Jika janji dibuat mesti ditunaikan. Bukan sahaja orang dewasa tapi kanak-kanak juga akan menuntut janji. Begitulah perkongsian seorang ayah Mohd Fhais  di laman facebooknya. Jom semak.


Budak ni kalau dah berjanji sampai ke kolam udang dia tuntut !!

Jam 10 malam, orang lain semua dah lemau. Dah tiba masa untuk recharge tenaga, landing time. Tapi budak ni masih lagi terkinja – kinja lompat katil, panjat katil. Kacau semua orang.

Argh.. Stress! Esok nak keje, mata dah rabak.

Maknya, neneknya puas dah pujuk suruh tidur. Satu pun tak jalan. Haru biru rumah semalam.

Bila di selidik-selidik rupa-rupanya ada janji yang belum di tunai.

“Papa cakap nak tengok udang?”, Rania buat muka comel

Aduh, memang lupa dah petang tu ada janji nak bawa dia tengok udang. Dekat kawasan rumah ni ada satu kolam mancing udang. Pernah bawa rania sekali ke sana.

Memang terserlah dia punya teruja dan gembira tengok udang hidup.

Malam tu juga, 10.30 malam start kereta pergi kat kolam mancing udang tu. Ingat nak mancing sekali dah alang-alang sampai tu.

Belum sempat capai pancing rania dah tarik tangan dan cakap, “Tak payah papa, tengok je”

Jadi tengok je la malam tu. Dia punya seronok, siap cakap best papa tengok udang.

Tak lama pun, lebih kurang 10 minit dia dah ajak balik. Balik rumah, basuh kaki, buat susu terus tidur. Aik, senang pula tidur.

Tadi maknya dan wan duk terjerit-jerit suruh tidur selama 30 minit tak di endahnya, ni tak sampai 5 minit dah tidur.

Itulah budak-budak. Selain badan, otak dan emosi pun ada stamina. Selagi otak dan emosi ni tak dipenatkan, jangan harap mereka nak tidur dengan mudah..

Kadang tu bukan anak yang tak dengar cakap, tapi sebenarnya kita yang tak dengar apa diorang cuba cakap.

Jangan mengeluh, tapi raikan mereka. Inilah tenaga yang boleh gegar dunia satu hari nanti..

Janji mesti di tepati !